Jadon Sancho dan Erik Ten Hag dilaporkan sudah berjumpa dan berbincang tentang situasi kedua dua mereka selama ini.
Dan kedua dua pihak telah bersetuju untuk melupakan sengketa dan fokus kepada Manchester United untuk musim baharu.
Jadon Sancho sudah dibenarkan berlatih dan dilaporkan akan terlibat dalam pra musim yang akan datang.
Sebelum ini berlaku persengketaan antara kedua dua pihak. Dengan Erik Ten Hag menyatakan bahawa dia hanya akan menerima kembali Sancho dalam pasukannya jika pemain itu meminta maaf.
Tetapi Sancho kemudian tidak mahu meminta maaf, membuatkan dia dipinjamkan ke Borussia Dortmund. Kelab Jerman itu kemudian tidak dapat membeli pemain itu kerana tidak sanggup membayar €35 juta sahaja untuk pemain yang merek jual dengan harga sekitar €90 juta beberapa tahun lalu.
United menganggap angka itu terlalu rendah terutama sekali selepas Sancho membantu kelab itu mara ke final UCL.
Sancho pulang semula ke Man United. Dengan dia dikatakan tidak pasti tentang masa depannya di kelab itu. United sebelum ini memberikan kebenaran kepada Ten Hag untuk menjual pemain itu.
🚨 BREAKING: Jadon Sancho held positive face to face meeting with Erik ten Hag this week and they’ve clarified the situation.
Both ten Hag and Sancho agreed to draw a line on their disagreement and move on.
Jadon, available for pre-season games.
He’s now back in training. pic.twitter.com/1rWjDsRgse
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 12, 2024
Perkembangan ini disambut baik peminat United yang menyatakan bahawa akhirnya kedua dua mereka, Sancho dan Ten Hag membuang ego masing masing dan mencari titik persamaan.
Tetapi ini masih bukan jaminan bahawa Sancho tidak akan dijual. Cuma ketika ini, Sancho hanya akan dilepaskan pada harga yang memuaskan hati kelab atau pemain itu kekal sahaja di United.
Rashford & Sancho back together in training ❤️ pic.twitter.com/w6pwgRsF5C
— mufcmpb (@mufcMPB) July 12, 2024