Sancho Dan United Sudah Capai Kesepakatan Namun Dortmund Masih Tak Setuju Isu Harga Dan Pembayaran

Jadon Sancho dilporkan sudah setuju dengan terma perjanjian peribadi mengenai kontrak itu hingga 2025.

Namun, ada beberapa situasi yang menjadikan perpindahan pemain berusia 20 tahun itu belum rasmi.

Wartawan Sky Sports, Fabrizio Romano melaporkan bahawa terdapat perbincangan kontrak peribadi antara Manchester United dan Jadon Sancho. Mereka telah bersetuju dengan klausa peribadi dan jangka masa kontrak.

“Kontrak Jadon Sancho tidak menjadi masalah. Perjanjian peribadi siap ditandatangani hingga Jun 2025. Pemain kini menunggu sama ada kedua-dua kelab bersetuju atau tidak,” tegas Fabrizio Romano.

Ya, cuma tinggal Dortmund dan United tidak mempunyai perjanjian mengenai perpindahan Jadon Sancho.

Kedua-dua kelab masih berbeza dengan harga perpindahan. Dortmund tidak mahu mengurangkan harga Jadon Sancho hingga di bawah £100 juta.

“Manchester United sentiasa ingin membayar Sancho dengan ‘add ons’ (klausa bonus) setelah impak virus korona dan berusaha untuk dapat membayar secara ansuran,” sambung Romano.

“Pada masa ini, masih belum ada kesepakatan antara Manchester United dan Dortmund tetapi ‘perbincangan sedang berlangsung’,” katanya.

Borussia Dortmund nampaknya ingin memanfaatkan minat United ke atas Jadon Sancho. Kerana United sebelum ini ada reputasi sanggup bayar apa sahaja untuk sasaran mereka.

United ternyata masih mahu mendapatkan pemain lain lagi berdasarkan situasi semasa. Di mana jika mereka membayar one off untuk Sancho, mereka akan bermasalah dengan FFP untuk mendapatkan pemain lain pada harga mahal.

Gergasi Jerman itu dilaporkan menaikkan harga jual pemain sayap itu kepada £130 juta. United mahu membayar £110 juta / EUR120 juta yang akan dipecahkan kepada 3 bayaran.

Bayaran pertama adalah bayaran asas dengan £63 juta.

Sementara baki untuk add ons akan dibayar dalam dua tahun berikutnya dengan masing masing £27 juta dan £18 juta.

Fabrizio Romano menambah, kedua-dua pasukan ingin segera mencapai persetujuan. Terutama Dortmund. Mereka mahu kepastian perpindahan Jadon Sancho selesai pada Ogos 2020 agar tidak mengganggu persiapan kelab.

“Borussia Dortmund ingin membuat keputusan akhir mengenai Sancho pada masa depan pada bulan Ogos kerana musim panas dan jika dia akan pergi, mereka memerlukan pengganti,” katanya.

“Memphis Depay ada dalam senarai (perpindahan Dortmund untuk menggantikan Jadon Sancho) tetapi bukan satu-satunya,” dia menyimpulkan.

Jadon Sancho bermain dengan cemerlang dengan Dortmund dalam dua musim terakhir.

Pemain Inggeris itu adalah pemain utama pasukan yang dibimbing oleh jurulatih Lucien Favre.

Pada musim 2019/2020, Jadon Sancho berjaya menjaringkan 19 gol dan 18 assist. Rekod itu meningkatkan statistiknya pada musim 2018/2019, di mana dia menjadi Pemain Muda Terbaik di Bundesliga.

Setelah dua musim yang indah di Dortmund, Jadon Sancho kini menjadi perhatian banyak kelab terkemuka di Eropah. Manchester United sangat berminat dengan perkhidmatan Jadon Sancho dan telah mengadakan perbincangan serius.

Baca yang lain