Sancho Enggan Minta Maaf Kepada Ten Hag, Tak Kisah Berlatih Sendiri

Jadon Sancho sebelum ini membuat komen mengejutkan tentang pengurusnya sendiri. Di mana dia menyatakan bahawa Ten Hag menipu tentang statusnya yang tidak dapat bermain menentang Arsenal kerana tidak cukup bagus semasa latihan.

Menurut Ten Hag, Sancho tak dipilih kerana tidak mencapai kualiti yang ditetapkan semasa berlatih.

Sancho menegaskan bahawa kenyataan itu palsu dan ada sebab lain kenapa dia tak dipilih dengan pemain itu menyatakan bahawa dia tidak boleh bercakap lebih lanjut.

Kemudian Sancho mengakhiri kenyataannya dengan menegaskan dia seringkali menjadi kambing hitam sejak dulu lagi.

Baru baru ini, Sancho sudah memadamkan status itu di twitter / X. Ramai peminat merasakan bahawa Sancho mungkin menyesali perbuatannya dan akan cuba menjernihkan keadaan dengan Erik Ten Hag.

Ten Hag sudah memberitahu pengurusan tertinggi bahawa Sancho harus dijual. Dengan United akan mempertimbangkan tawaran dari Arab Saudi.

Jika pemain itu menolak – sebagaimana dia lakukan pada deadline day yang lalu – maka pemain itu akan tertakluk kepada peraturan khas ketat.

Dia perlu datang ke setiap taklimat pasukan tanpa gagal. Sebelum ini Sancho dilaporkan beberapa kali ponteng atau datang lambat ke taklimat pasukan.

Seterusnya untuk memastikan dia tak lambat datang ke latihan, dia harus melapor diri sejam lebih awal ke pusat latihan pada hari latihan diadakan.

Erik Ten Hag sebelum ini pernah mengendalikan situasi Cristiano Ronaldo yang mengecamnya kerana tak puas hati dengan cara pengurus itu menguruskan pemain.

Dan Ronaldo akhirnya disingkirkan daripada Man United. Pemain legenda itu menyatakan dia tak akan menghormati Erik Ten Hag lagi selepas dilayan teruk pengurus itu.

Kini Sancho dikatakan telah diberikan peluang untuk meminta maaf kepada Ten Hag. Dan pemain itu menolak untuk berbuat demikian. Kerana dia yakin dia mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan dirinya selepas pengurus memburukkan namanya secara terbuka di hadapan wartawan.

Sancho kini dilarang untuk berlatih dengan pasukan utama. Dan pemain itu tidak kisah untuk terus berlatih berasingan.

Dia kini berlatih menggunakan fasiliti pasukan akademi. Pemain itu juga dikatakan sudah tak ambil peduli tentang isu ‘merebut tempat dalam pasukan utama’ atau pemilihan skuad yang akan bermain.

Kes ini pastinya tidak digemari peminat Man United. Kerana sebelum ini mereka banyak dilanda drama di luar padang. Antony yang masih lagi direhatkan daripada tugasan pasukan utama sehingga diberitahu – dia masih dalam proses membersihkan namanya daripada tuduhan penderaan ke atas wanita.

Sebelum itu, United sudah memutuskan untuk menyisihkan Greenwood daripada pasukan mereka musim ini dengan meminjamkannya ke Getafe.

Beberapa hari lalu. ESPN mendakwa sumber dalaman mereka menegaskan bahawa ada beberapa pemain sudah cukup menyampah dengan Sancho.

Mereka tidak suka dengan komitmen Sancho dalam latihan dan pada hari perlawanan, serta sikapnya di sekeliling kelab.

Staf kejurulatihan Ten Hag juga dikatakan kurang berpuas hati dengan komitmen pemain itu walaupun Sancho menyatakan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik.

 

Sebelum ini kelab menyatakan sokongan yang sama ketika krisis di antara Cristiano Ronaldo dan Ten Hag.

Kelab sudah menukar polisi mereka. Sebelum ini kelab kerap berpihak kepada pemain. Misalnya dalam kes Pogba dan Mourinho.