Fabrizio Romano melaporkan, impian Jadon Sancho untuk kembali semula ke Borussia Dortmund semakin menjadi kenyataan.
Ini selepas Dortmund dan Man United kini berada di fasa rundingan yang dikira sudah advance.
Borussia Dortmund benar benar berharap rundingan ini akan dapat dimeterai serta merta dan pemain itu menyarung semula jersi BvB.
Manchester United yang sebelum ini menyatakan bahawa mereka hanya akan menjual Sancho secara tetap, telah u turn dalam dasar itu.
United sedia untuk melepaskan Sancho secara pinjaman. Dan sedia untuk membayar sebahagian daripada gaji Sancho yang bernilai keseluruhan £350k seminggu.
🚨🟡⚫️ Jadon Sancho deal is already advancing to key stages! Sancho wants Borussia Dortmund and the German club want deal to happen very soon. Talks underway.
Man United, now open to accept loan but they'll have to pay part of Sancho's salary ➕ BVB will have to pay loan fee. pic.twitter.com/eRW63DrbCa
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 3, 2024
Jadon Sancho masih dibekukan Erik Ten Hag selepas peristiwa dia mengecam pengurusnya sendiri menerusi Twitter.
Tweet itu kemudian dipadamkan Sancho. Namun itu sebenarnya bukan bermakna Sancho menyesali perbuatannya. Sebaliknya dia terus berkeras mempertahankan tindakannya.
Membuatkan Ten Hag bengang dan menetapkan bahawa, Sancho hanya akan kembali ke dalam pasukan jika dia meminta maaf daripada Ten Hag.
Sehingga kini pemain itu enggan meminta maaf.
Manchester United sekali lagi menyatakan sokongan mereka kepada pengurus. Kerana sebelum ini polisi kelab itu sentiasa berpihak kepada pemain bintang, Dengan alasan pemain bintang ada nilai di pasaran perpindahan.
Misalnya dalam kes Pogba vs Mourinho, United memihak kepada Pogba,
Kini sudah lain. Ten Hag mendapat sokongan dalam kes Sancho dan sebelum itu melibatkan Ronaldo.
Man United juga sedia untuk mengakui bahawa perpindahan Sancho ke Old Traffod sebagai perpindahan yang gagal setelah mereka membayar sekitar €100 juta untuk pemain itu kepada Dortmund beberapa tahun lalu.