Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi.

Pemain itu tidak mahu kembali ke Man United sama ada Erik Ten Hag kekal di kelab itu atau tidak. Kerana dia masih mahu bermain untuk Borussia Dortmund.

Erik Ten Hag sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia masih kekal dengan polisi yang sama. Di mana Sancho tetap harus meminta maaf terlebih dahulu sebelum dia diterima masuk ke dalam pasukan.

Walaupun ketika ini dia sudah dihantar secara pinjaman ke Dortmund.

Sancho masih berkeras tidak mahu meminta maaf. Dan sudah memberitahu bahawa dia selesa untuk kembali ke Dortmund.

Beberapa bulan lalu Dortmund kata dua untuk mendapatkan Sancho secara tetap. Namun selepas prestasi cemerlangnya dalam aksi UCL baru baru ini, kelab itu sedia untuk mendapatkan pemain itu secara tetap.

Namun begitu Man United masih belum menetapkan nilai harga untuk pemain itu. Sir Jim Ratcliffe sebelum ini pernah menyatakan bahawa Jadon Sancho masih dalam projek Man United.

Bermakna pemain itu tak akan dilepaskan dengan harga lelong yang terlalu murah.

Borussia Dortmund tidak akan membayar harga terlalu tinggi untuk Jadon Sancho. Jadi tanda harga terlalu tinggi boleh menyebabkan Sancho harus akur dengan situasi.

Sancho sebelum ini dibeli oleh United dengan nilai sekitar £70 juta daripada Dortmund. Ketika itu pemain itu mendesak perpindahan ke Man United dan memberitahu dia tak akan melanjutkan kontrak baharu dengan kelab tersebut.

Namun sejak tiba di Man United dia gagal untuk mendapatkan rentak terbaiknya. Ketika kehadiran Erik Ten Hag dia masih gagal mendapatkan tempat. Dan berada di belakang pemain seperti Antony.