Sandro Tonali sudah pun didapati bersalah atas kesalahan judi bola sepak. Dan pemain itu dijatuhi hukuman penggantungan 10 bulan daripada bola sepak.
Namun hukuman itu adalah atas kes yang disiasat dan dibicarakan di Itali. Dan kini FA Inggeris pula sedang menyiasat sama ada Sandro Tonali melanggar peraturan pertaruhan SELEPAS perpindahan £52 juta ke Newcastle pada Julai, bermakna dia boleh dikenakan penggantungan tambahan.
FA sedang meneliti kemungkinan pemain tengah itu – yang mengakui dia ketagih judi – terus bertaruh pada bola sepak ketika berada di bawah bidang kuasa mereka. Jika ya, dia boleh dikenakan penggantungan lebih lanjut.
Tonali kini digantung selama 10 bulan kerana aktiviti perjudian haram di Itali. Pihak berkuasa di negara asalnya menyiasat pertaruhan yang dia letakkan pada bola sepak – termasuk dalam pasukannya sendiri untuk memenangi perlawanan – tetapi siasatan itu hanya untuk tempoh kariernya di AC Milan.
Terdapat dua kes berkaitan perjudian dalam Liga Perdana dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan penyerang Brentford, Ivan Toney digantung selama lapan bulan dan pemain Nottingham Forest, Harry Toffolo, dikenakan penggantungan selama lima bulan.
Perkembangan dalam kes Tonali datang pada hari yang sama pengarah sukan Newcastle Dan Ashworth mendedahkan kelab itu telah melancarkan siasatan dalaman mengapa mereka tidak tahu tentang isu perjudian pemain sebelum mereka menandatanganinya.
Newcastle mempertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan ke atas AC Milan. Namun Milan menyatakan bahawa mereka juga tidak tahu yang pemain itu ada masalah ketagih judi ketika bersama mereka.
Eddie Howe dikatakan agak terkejut dengan apa yang berlaku pada Sandro Tonali, memandangkan pemain itu pemain penting dalam skuadnya.
Dan kini dia pasti lebih resah kalau pemain itu digantung dengan lebih lama daripada 10 bulan hukuman asal yang dia lalui.
🚨 The FA has opened an investigation into whether Sandro Tonali was involved in betting on football after his move to Newcastle United from AC Milan this summer.
The 23-year-old midfielder has already been banned from all football activity for 10 months after being found guilty… pic.twitter.com/INjWOKDrD4
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 3, 2023
Seterusnya Dan Ashworth mengesahkan Tonali telah melanggar kontrak £140,000 seminggu dan difikirkan Newcastle mempunyai ruang untuk mengurangkan gajinya, walaupun ketua kelab itu berkata Sandro Tonali bersikap sangat menyenangkan sepanjang dia disiasat.
Dan Answorth menambah: “Dalam kontrak sentiasa ada tahap fleksibiliti. Ia bergantung bagaimana mereka bertindak balas apabila mereka melanggar peraturan dan sebagainya.”
“Sebagai sebuah kelab, kami kembali kepada bagaimana Sandro bertindak balas dan bertindak sejak ia menjadi tumpuan.”