Sandro Tonali nampaknya harus melupakan hasratnya untuk bermain di Euro 2024 atau meneruskan kempen musim ini bersama Newcastle United. Ini selepas pemain itu disahkan digantung 10 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.
Sandro Tonali sebelum ini disabitkan dengan kesalahan judi bola sepak di laman pertaruhan haram. Dia mengakui berjudi namun menafikan sama sekali pernah bertaruh untuk pasukan dia wakili.
Alasan itu masih tidak mampu membantu Tonali mengelak hukuman gantung 10 bulan. Mujur dia tidak digantung maksimum 3 tahun atas kesalahan tersebut. Dunia bola sepak Itali sebelum ini digemparkan dengan berita 3 prospek negara itu yang terlibat judi bola sepak.
Mereka ialah Fagiolo, Tonali dan Zaniolo. Fagioli dijatuhi hukuman hanya 7 bulan kerana menyerah diri lebih awal dan memberikan kerjasama luar biasa kepada pihak berkuasa. Di mana daripada hasil siasatan ke atas Fagioli, polis berjaya mengesan nama nama lain yang terlibat. Senarainya sebenarnya sangat panjang ketika ini dalam siasatan.
Satu nama yang paling menarik perhatian adalah Tonali. Yang dituduh Fagioli sebagai punca dan orang yang meracuni benak fikirannya untuk berjudi di laman haram. Fagioli turut menyalahkan ibunya punca dia ketagih judi kerana mengawal wangnya.
Tonali kemudian disiasat dan akhirnya dia mengakui kesalahannya. Ejen pemain itu tampil mendedahkan Tonali ada ketagihan judi yang kronik dan berharap ini akan menjadi pengajaran kepada pemain itu. Sambil meminta semua pihak menyokong Tonali untuk pulih.
Selain daripada gantung 10 bulan, Tonali wajib menghadiri sesi pemulihan berkala selama 8 bulan untuk membuang ketagihannya kepada judi.
Tonali sebelum ini dicanang akan menjadi ayam tambatan Itali menjelang Euro 2024 akan datang. Namun nampaknya pemain itu sudah terlepas slot kerana jadi tahik judi.
Dia hanya boleh kembali beraksi pada Ogos 2024 akan datang. Pada awal musim 2024/25.
🚨 BREAKING: Sandro Tonali has been banned for 10 month due to gambling addition scandal plus also 8 months of participation in gambling rehab plan.
Tonali, suspended for 10 months from football activities — back August 2024.
🚫 Season over with #NUFC and also NO Euro2024. pic.twitter.com/nlrM7eMecW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 26, 2023
Ketiadaan Tonali benar benar sudah dirasai Newcastle dalam aksi UCL semalam. Sebelum ini dia cemerlang membantu Newcastle mengejutkan PSG. Namun semalam Newcastle kalah 0-1 di tangan Borussia Dortmund tanpa kehadiran Tonali.
Newcastle sedang mempertimbangkan pilihan untuk mengisi tempat Tonali menerusi jendela perpindahan Januari ini. Newcastle turut dikatakan mahu menyaman AC Milan kerana menjual pemain yang ada masalah dengan perjudian tanpa memberitahu mereka tentang perkara itu.
Itulah sebab AC Milan sanggup menjual Tonali hanya dengan harga kawan kawan £65 juta sahaja. Kerana kelab itu dikatakan sudah menjangkakan masalah seperti ini akan timbul.