Sanna Marin, PM Paling Muda Di Dunia Ketika Ini

Sanna Marin, 34, telah dipilih menjadi Perdana Menteri Finland. Ia menjadikan Sanna sebagai PM paling muda dalam sejarah negara merdeka.

Sanna merupakan ahli parlimen wanita ketiga dalam sejarah Finland menjadi perdana menteri mereka.

Parti pemerintah negara Finland iaitu Social Democratic Party telah mengundi 32-29 untuk Sanna.

Sanna Marin berjaya menewaskan pencabarnya iaitu Antti Lindtman bagi mendapatkan jawatan tertinggi di dalam kerajaan Finland itu.

Negara Finland merupakan negara kecil yang hanya memiliki populasi sekitar 5.5 juta.

Menurut akhbar paling berpengaruh di Finland, Helsingin Sanomat dan Ilta-Sanomat Tabloid, Sanna Marin secara rasminya akan menjadi PM paling muda di dunia pada ketika ini.

Sanna Marin agak teruja dan tak menyangka beliau akan menjadi perdana menteri pada usianya yang sangat muda. Ditambah lagi beliau adalah wanita.

Tahniah kepada Sanna Marin. Muda muda dah jadi PM. Sebaya aku pulak tu. Semoga korang pun jadi PM atau menteri nanti pada usia 34 tahun.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di