Santiago Munez Sudah Siapkan Skrip Goal Keempat, Selepas Kecewa Aib Filem Ketiga

Pelakon Kuno Becker, yang memainkan peranan sebagai Santiago Munez dalam francais filem Goal, telah mendedahkan bahawa dia telah menulis skrip untuk filem keempat.

Goal pertama dikeluarkan 15 tahun yang lalu, menyaksikan anak muda Mexico itu menjadi pendatang haram yang bekerja di sebuah restoran Cina di Los Angeles.

Munez berjaya menandatangani kontrak dengan Newcastle United dan menjaringkan gol di hadapan ribuan Geordies yang kegirangan di St James ‘Park.

Cerita dari karier yang sukar berubah menjadi pemain yang serba mewah dalam Goal 2, yang menyaksikan dia berjaya mendapatkan kontrak dengan Real Madrid dan menjadi rakan sepasukan ‘Galacticos’ seperti David Beckham, Zinedine Zidane, Raul dan Ronaldo.

Tetapi Kuno Becker menelan kekecewaan dengan kegagalan filem ketiga. Becker, yang kini memiliki syarikat produksi sendiri dan menjadikan dirinya sebagai menulis skrip untuk filem keempat.

Kisah selepas bersara

Plot, yang disusun oleh Becker dengan bantuan pasukan penulis, di mana kisahnya tentang Munez yang lebih tua, yang telah beralih dari pemain bola sepak menjadi jurulatih bola sepak.

Pelakon berusia 42 tahun itu menginginkan peminat untuk bergabung dengan pahlawan kultus Munez pada langkah seterusnya dalam karierinya.

Tetapi setelah bercakap dengan mereka yang memiliki hak untuk filem itu, dia menyedari banyak halangan dalam perjalanannya.

“Saya sebenarnya menulis skrip untuk Goal 4. Rakan sekerja saya, rakan kongsi saya di syarikat produksi, menganggapnya hebat,” kata Becker kepada SPORTbible.

“Saya tidak menulisnya sendiri, saya menulisnya dengan penulis lain dan dengan struktur profesional. Ini adalah kisah yang membuat keadilan kepada dua yang lain kerana filem yang ketiga adalah buruk dan tidak ada hala tuju.”

“Saya menulis filem Goal 4 kerana saya fikir ia adalah kisah yang indah. Ia menceritakan Santi sebagai jurulatih dan ini adalah paparan tentang pelajaran dalam kehidupan – mengenai kegagalan dan kejayaan. Saya fikir ia sangat menyentuh perasaan dan orang di sekeliling saya yang bekerjasama dengan saya merasakan perkara yang sama.”

“Tetapi mereka masih ada hak cipta kepada Goal merasakan filem ini mungkin tak akan buat duit. Ini merupakan cara yang salah untuk berfikir dalam pembikinan filem. Anda mesti saling mempercayai dan jika berjaya, dan baru semuanya berhasil dengan berjaya.”

“Saya menulisnya dan saya mengambil masa untuknya, kerana saya merasakan yang ketiga sangat mengecewakan. Saya mungkin tidak akan berjuang hidup dan mati saya untuknya, atau saya mungkin akan mencuba lagi —  tetapi saya sudah mencuba.”

“Ada orang yang mempunyai hak cipta akan berkata: ‘Sekiranya saya tidak menerima sejumlah wang ini’. Sekiranya mereka berfikir seperti itu, maka saya akan menulis filem lain dan membuat yang lain.”

“Saya rasa penonton di seluruh dunia yang menonton dua filem pertama, mereka memerlukan penutupan cerita dan akan gembira untuk melihat apa yang berlaku dengan watak-watak tetapi dengan kisah yang baik yang mempunyai sesuatu untuk diperkatakan dan untuk penghormatan kepada dua filem pertama.”

“Skrip yang saya tulis untuk Goal 4 sebenarnya sangat komersial tetapi sarat dengan perasaan dan jiwa – yang menurut saya, elemen yang menjadikan  pertama berjaya. Saya mungkin mencuba lagi tetapi saya tidak akan terus mencuba sepanjang hidup saya.”

“Pada akhirnya saya ingin melakukannya tetapi saya tidak akan merayu daripada bangsat bangsat ini untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu lakukan.”

Walaupun Gosl pertama dianggap sebagai filem bola sepak terhebat sepanjang zama, namun Goal III: Taking On The World hanya memberikan penampilan yang sedikit untuk watak Munez, yang patah kakinya dan terlepas Piala Dunia 2006 di Jerman.”

Becker berkongsi kekecewaan penonton dengan bagaimana filem itu dan mempunyai pendangan tersendiri tentangnya.

“Ia adalah kepingan tahi [piece of s**], itulah dia,” katanya.

“Ia filem buruk, aib, memalukan dan mereka membuat filem itu melakukan benda paling teruk dalam segenap segi. Mereka menghancurkannya.”

“Saya tidak suka bercakap buruk tentang orang tetapi saya jujur ​​dan saya harus jujur. Korang sendiri telah melihatnya dan ia memang tahik.”

“Ia sangat buruk kerana dua yang pertama adalah filem yang baik – yang kedua hebat dan yang pertama sangat luar biasa. Yang ketiga buruk.”

“Penonton datang ke panggung sebab dua filem pertama tu bagus dan mahu tahu apa kesudahannya kerana yang ketiga itu adalah sekuelnya.”

“Orang mahu menonton cerita yang bagus dan mereka berharap apa yang mereka telah bayar itu berbaloi.”

“Sekiranya tidak, ia hanya jadi benda lain dan tidak berfungsi, itulah yang berlaku.”

“Yang ketiga adalah satu penghinaan untuk dua yang pertama. Rasanya seperti tidak ada apa pun, negatif untuk francais.”

Sumber: Sportbible

Baca yang lain