Newcastle United telah menyempurnakan penandatanganan pemain wonderkid yang lahirt pada 2007, Trevan Sanusi dari Birmingham City.
Beberapa sumber termasuk pakar perpindahan terkenal Fabrizio Romano melaporkan pada hari Ahad bahawa Sanusi menjadi pemain yang menjadi rebutan lebih lima buah kelab.
Dilaporkan Man United, Man City, Arsenal dan Liverpool adalah antara kelab yang mahukan pemain muda ini.
Akhirnya dia memilih Newcastle sebagai kelab baharunya. Dan kejayaan mendapatkan pemain ini bukti Newcastle juga mendapat keyakinan daripada pemain pemain muda pada masa ini.
Memandangkan kelab itu sedang rancak membangun sejak dimiliki oleh PIF dari Arab Saudi.
Official, completed. Talented 2007 born winger Trevan Sanusi joins Newcastle from Birmingham City ⚫️⚪️ #NUFC
Newcastle won competition to sign Sanusi as more than five clubs were involved in the race. pic.twitter.com/gRi1SgdsOT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 9, 2023
Perpindahan Trevan Sanusi adalah secara percuma. Memandangkan dia baru berusia 16 tahun, dijangka perpindahan ini akan diselesaikan di Tribunal kerana Birmingham mahu mendapatkan hasil daripada penjualan pemain itu di masa hadapan menerusi bonus pembangunan.
Tetapi ianya tidak pasti Birmingham akan mendapatnya kerana Newcastle pasti akan menganggap pemain itu dibangunkan di kelab mereka bermula 16 tahun.
Birmingham nampaknya baru sahaja kehilangan bakat yang dianggap wonderkid oleh penganalisis bola sepak di England.