Sarawak FA: Perjalanan Dari Kegemilangan Era 90-an Sehinggalah Ke Liga M3

Bagi peminat liga Malaysia era 90-an, nama Sarawak FA (akan disebut Sarawak sahaja selepas ni) bukan benda yang kelakar.

Nama Sarawak itu sangat menggerunkan dan jurulatih akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan mata terutama sekali dari Kuching.

Sarawak mengecapi kejayaan sulung dalam arena bolasepak Malaysia pada 1992 apabila menang ke atas heavyweight Kuala Lumpur pada final Piala FA.

Ketika ini Sarawak dibimbing jurulatih Awang Mahyan yang sinonim dengan slogan ‘Ngap Sayot’ yang terus glamor sehingga ke hari ini.

Era Awang Mahyan Sarawak dibarisi ramai pemain tempatan yang berkualiti. Dan Awang Mahyan dikenali dengan perwatakannya yang tegas dan gila gila di kalangan pemain.

Antara nama pemain era kegemilangan Sarawak dan Awang Mahyan pada awal 90-an ialah Affendi Jol, Ali Sapiee, Pengiran Bala, Herman Bulang, Abu Bakar Amran, Daud Hamid, Jalil Ramli, Johny Peter, Khairul Jamil, Aedi Julaihi, Franky Steven, Abdullah Salim, Roslan Ismail, Azmi Arif, Roslan Mustafa, Keria Meria, Sulaiman Mustanir, Borhaniza Abu Bakar, Razak Ismail dan Busman Ismail.

Awang Mahyan pernah berjanji dengan anak buah beliau, jika Sarawak juara mana mana kejohanan, beliau akan terjun ke Sungai Sarawak.

Akhirnya janji ditunaikan apabila Sarawak juara Piala FA 1992. Awang Mahyan terjun ke Sungai Sarawak. Ia diikuiti pemain dan berberapa penyokong Sarawak yang lain.

Betapa beliau jurulatih yang memiliki antics yang sangat bertenaga.

Sarawak pernah dituduh menggunakan black magic kucing hitam oleh berberapa pihak yang sengaja membuat spekulasi. Dah macam Sunderland dengan black cats dah ni.

Awang Mahyan cuma menaganggap ia benda mengarut dan remeh kerana ia seakan akan menafikan kekuatan teknikal pasukan Sarawak sendiri.

Terus kompetitif di bawah Alan Vest

Pasukan Sarawak terus menjadi kompetitif walaupun pada dasarya jagoan Borneo masih dimiliki Sabah pada era pertengahan 90-an namun pada akhir 90-an Sarawak lebih dominan.

Pada lewat dekad 90-an Sarawak melantik Alan Vest untuk revolusi besar besaran dalam pasukan Sarawak. Alan Vest dikatakan mendapat dana sekitr RM 2 juta untuk revive pasukan Sarawak.

Ia satu suntikan yang sangat besar ketika itu. Alan Vest memiliki senjata utama Alistair Edward dan Shamsurin Abd Rahman.

Shamsurrin dan Mazlan Wahid mungkin antara dua nama yang paling tidak didendang (unsung) dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Shamsurin sangat skillfull dan bermain bolasepak terbaik bersama Sarawak. Shamsurrin dan Affendi Julaihi sentiasa menjadi nadi pasukan Sarawak setiap minggu.

Malah nama mereka sentiasa menjadi sebutan kanak kanak bermain bola petang petang yang mengidolakan nama tersebut.

Dahulu dengar siaran langsung di dalam radio pun semangat.

Sarawak juga mendapatkan khidmat Billy Bone dan pemain tinggi lampai David Evans.

Mazlan Wahid pula kebal di gawang gol namun harus akur akan kehebatan Goalkeeper lain di zaman beliau termasuk Khairul Azman, Azlisham dan juga Azmin Azram. Mazlan cuma pernah menjadi bidan terjun untuk skuad kebangsaan.

Bujang Senang adalah merujuk kepada nama buaya lagenda masyarakat tempatan yang merujuk kepada buaya bersaiz besar.

Piala FA 1996

Sarawak mara ke final Piala FA sekali lagi pada 1996 namun tewas dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Merdeka. Kedah memang pasukan yang kuat pada ketika itu.

Mereka diwakili nama-nama seperti Radhi Mat Din, Khamal Idris Ali, Farouk Ismail, Hashim Mustapha, Feridza Ismail, Andre Luis Nascimento, Mamadou Maryam Diallo, Che Zambil & Nidzam Adha selain Manja Man dan Ahmad Sobri Ismail.

Semua nama tu legend yang teramat dibimbing oleh Mosthakeen Omar.

Hati peminat Bujang Senang ketika itu dirobek oleh gol Che Zambil Ahmad.

Juara Liga 1997

Pada tahun 1997, pasukan Sarawak telah dinobatkan juara liga mengatasi pencabar Kedah. Ini adalah pasukan terbaik oernah dihasilkan Sarawak.

Sarawak meraikan kejuaraan terbesar dalam sejarah pasukan Sarawak.

Era tersebut Sarawak dibarisi lagenda lagenda seperti Affendi Julaihi, Mazlan Wahid, Billy Bone. Alistair Edward menjadi penjaring utama pasukan diikuti dengan Affendi Julaihi. Musim ini juga Ramos Sari meledak 5 gol dalam musim tersebut.

Antara nama pemain pasukan utama Sarawak ialah; Ibrahim Mantali dengan gaya klasik, Alistair Edwards, Sang Jeneral Ali Sapiee, Zaidel Sakup, Mazlan Wahid , David Evans, offensive speedy fullback Roslan Ismail, Ahmad Fairus Yunus, Dahlan Matussin,  Affendi Julaihi, Billy Bone dan Shamsurin Rahman.

Insiden Piala Dalam Kotak

Namun yang menariknya apabila FAM menyerahkan Piala yang dikirim dalam kotak ke sebuah hotel.

Tidak ada keraian majlis penyerahan piala di dalam stadium perlawanan terakhir pasukan Sarawak seperti pasukan lain.

Ia kekal menjadi luka lama kepada penyokong Sarawak yang cuma melihat piala di bandar Kuching pada perarakan dan bukannya di Stadium Petra Jaya yang menjadi fortress pasukan Sarawak.

Stadium Petra Jaya sangat istimewa untuk Sarawak sehinggakan mereka berpindah semula ke sana selepas dikatakan agak badi bermain di stadium Sarawak yang dibina untuk Piala dunia Remaja 1997.

Final Piala Malaysia 1999

Pada 1999 Sarawak yg dibimbing jurulatih muda dan lagenda Jalil Rambli memasuki final terbesar dalam sejarah pasukan ini.

Sarawak mahu melengkapkan kabinet dengan piala Malaysia selepas Piala FA, Liga Perdana dan Piala Sumbangsih 1998.

Sarawak bermain tanpa pemain import setelah menamatkan kontrak pemain import mereka kerana rules baru FAM yang melarang penggunaan pemain import.

Manakala Brunei diberi kelonggaran menggunakan Brian Iman Bothwell dan Patron Akakpo yang akan menjadi pemain import terakhir sebelum full local players pada tahun 2000.

Dua pemain itu sangat besar perbezaan yang mereka hadirkan. Mereka tahu itu aksi terakhir mereka dan kualiti mereka sangat padu. Entah kenapa FAM wujudkan peraturan pelik macam ni.

Sarawak tewas mengejut dalam final tersebut dan ia menjadi sejarah kejayaan terbesar dalam bola sepak Brunei.

Pasca Piala Malaysia 1999

Sarawak selepas era kegemilangan Alan Vest dan Jalil Rambli 1999 agak merudum.

Pada malam Sarawak tewas di tangan Brunei 1999, itulah malam terakhir pasukan Sarawak menjadi kuasa bola sepak yang digeruni.

Sarawak terus bergelut untuk bangkit. Banyak perkara yang menghantui pasukan Sarawak.

Akhirnya Sarawak tersingkir ke second tier league dan cuma kembali ke liga utama setelah menjuarai Liga Premier pada 2013.

Selepas kejayaan itu Sarawak mendapat dana besar dan mendapatkan khidmat K Rajagobal. Meriah betul masa tu pada pra musim, ramai pemain berstatus bintang masuk.

Namun hasilnya? Ya hampehh. Dan Sarawak kemudian tersingkir kembali ke Liga Premier.

Pada hari ini Sarawak masih just another team dan penyokong masih mengharapkan era gemilang 90-an dalam pasukan ini.

Semua penyokong masih mengharap pasukan Sarawak untuk lebih kompetitif.

Sarawak terus turun naik prestasinya. Paling teruk adalah terjatuh ke kancah liga M3 untuk saingan musim 2020.

Siapa sangka pasukan yang dahulunya sangat digeruni dan dianggap legend terjatuh sampai sebegitu rupa.

Musim 1997 adalah pasukan terbaik yang pernah ada dalam pasukan Sarawak.

Nama nama seperti Ali Sapiee, Ramos Sari, Bobby Pian, Gilbert Cassidy, Affendi Julaihi dan Mazlan Wahid antara yang pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan.