Sarawak Utd Lwn Kelantan Utd: 5 Perkara Menarik Digariskan Dalam Perlawanan Ini

Sarawak United bermula dengan langkah kanan dalam pemburuannya meraih slot ke Liga Super. Skuad kendalian E.Elavarasan memanfaatkan peluang pada babak awal permainan untuk menewaskan Kelantan United 2-0 di laman ‘sendiri’. Jaringan Chistie Jayaseelan dan Uche Agba memadai untuk Sarawak meraih 3 mata penuh di Stadium Hang Jebat.

Terdapat beberapa perkara menarik boleh digariskan dalam pertemuan tersebut. Perlawanan itu juga merupakan perlawanan tunggal Liga Perdana -GW1- melibatkan 2 kelab bukan dari pasukan simpanan, simpanan atau pembangunan.

Berikut 5 perkara menarik yang digariskan dalam perlawanan semalam.

1. KELANTAN UNITED TURUN DENGAN SKUAD TEMPANG

Akira Higashiyama kehilangan 2 penyerang utamanya sehari menjelang hari perlawanan. Penyerang utamanya Gassama Alfusainey dan Fakrul Zaman Zawawi mengalami kecederaan dan Kelantan United terpaksa menggunakan penyerang muda yang baharu dibawa masuk iaitu Suhaimi Abu.

Syahrul Azwari Ibrahim menjadi pasangan Suhaimi walaupun fizikalnya dilihat masih belum bersedia untuk bermain dalam perlawanan kompetif.

Ketiadaan Qayyum Marjoni juga agak dirasai ketika Sarawak United mempunyai 2 pemain yang mempunyai kualiti kemahiran baik di kedua-dua sayap iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Christie Jayaselan.

Kedua-dua jaringan Sarawak United hadir melalui skil individu menarik di kedua-dua bahagian tersebut. Kehilangan Shahrul Hakim juga dirasai ketika persembahan Azriddin dan Fazrul Amir agak tenggelam.

Faktor ketidaan beberapa pemain penting ini menyumbang sedikit sebanyak kepada persembahan buruk Kelantan United terutamanya pada separuh masa pertama di bahagian serangan.

2. SARAWAK UNITED MENGUASAI SERANGAN PADA SEPARUH MASA PERTAMA

Kelantan United bergelut untuk menguasai permainan di tengah padang. Gandingan Azriddin-Yuki Tanigawa tidak cukup ampuh untuk menguasai bola, mengalirkan bola dan membina serangan pemula.

Pemain pertahanan Kelantan United tidak menggunakan Yuki Tanigawa sebagai titik sambungan kepada pemain atas. Pemain atas dan sisi juga tidak melihat Yuki sebagai hub hantaran atau penentu tempo permainan. Fungsi pemain dari Jepun ini agak terbatas.

Berbeza dengan Sarawak United, Zahril Azri berfungsi lebih baik dengan menjadi pertahanan di depan pertahanan dan pemain pertama di bahagian tengah memegang bola sebelum dialirkan ke atas.

Peranan Azriddin juga tenggelam ketika Lee Chang Hoon lebih kreatif melakukan hantaran ke garisan atas. 2 pemain tengah Sarawak United mendominasi secara penuh di bahagian tersebut sepanjang separuh masa pertama.

Hasilnya Sarawak United berjaya mencipta 4 percubaan bahaya ke arah gawang Kelantan United dan 1 darinya menghasilkan gol. Kelantan United mempunyai 1 percubaan.

3. NORSHAHRUL TAMPILKAN GAYA KLASIKNYA

Walaupun Kelantan United terlebih dahulu melakukan percubaan pertama namun selepas itu permainan hanya berkisar kepada Sarawak United. Pemain sayap, Amirul Shafik melepas rembatan di sebelah kiri gawang yang dapat dihadang oleh Sharbinee Allawee.

4 minit selapas itu Norshahrul melakukan larian bijak apabila menyungkit bola menewaskan Fitri Omar sebelum masuk ke dalam kotak penalti. Bekas pemain Kelantan itu melakukan hantaran silang tepat ke kaki Christie Jayaseelan di far post.

Sarawak United berpeluang menambah gol tetapi palang menjadi penyelamat percubaan Lee Chang Hoon. Sekali lagi larian Norshahrul menjadi punca jaringan kedua Sarawak United apabila dia dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan, P.Jeevanathan tidak teragak-agak memberi sepakan penalti dan Uche Agba mudah menyudahkan sepakan tersebut. Ia merupakan malam yang baik bagi Norshahrul.

4. MASASHI MOTOYAMA MASUK, KELANTAN UNITED MENJADI PASUKAN LEBIH BAIK DI SEPARUH MASA KEDUA

Kemasukan Motoyama pada babak kedua mengubah permainan secara total. Kelantan United meramaikan pemain tengahnya dan skuad Higashiyama itu mula mengusai bahagian tersebut.

Kelantan United dapat menyusun serangan dengan baik dan Motoyama agak bertenaga walaupun sudah berusia 41 tahun. Pemain ini menampung lack of creativity yang dialami pasukan sepanjang separuh masa pertama.

Selepas itu Badhri Radzi masuk menggantikan Izriddin, pemain ini tidak terlalu banyak terlibat dengan permainan. Hantarannya jauhnya kebanyakkan gagal menemui sasaran.

Namun sumbangannya masih boleh diberi pujian, sekurang-kurangnya 2 percubaan tepatnya memberi statistik yang lebih baik buat pasukan. Satu dari sepakan percuma dan satu lagi dari half volley dari luar kotak penalti. Kesemua tepat ke arah Sharbine.

5. UMUR KESEBELASAN UTAMA SARAWAK UNITED

Para peminat mengetahui Sarawak United pada musim ini mengumpul ramai pemain berusia yang pernah berada di puncak saingan domestik. Persoalannya berapa tua skuad yang diturunkan oleh E.Elavarasan semalam?

Berikut adalah umur mengikut tahun kelahiran

GK. Sharbinee Alawee, 35 tahun
DR. Rueben Kathiripillai, 31
DL. Tommy Mawat Bada, 26
DC. Taylor Reagan, 33
DC. Badrul Affendy, 28
MR. Nurshamie Iszuan, 26
ML. Christie Jayaseelan, 35
MC. Zahril Azri, 22
MC. Lee Chang Hoon, 35
SC. Norshahrul Idlan Talaha, 35
SC. Uche Agba, 35

Purata umur kesebelasan utama Sarawak United adalah 31 tahun.

RUMUSAN

Sarawak United tidak perlu melakukan rombakan besar menjelang pertemuan menentang Perak II di Stadium Manjung pada 9 Mac ini. Elavarasan hanya perlu membuat perubahan minor jika mahu menurunkan Sandro. Perak II sepatutnya tidak memberi ancaman yang cukup kuat walaupun skuad mereka mempunyai tenaga yang banyak.

Sementara itu Kelantan United sekali lagi bakal menghadapi cabaran getir bertemu PDRM. Satu lagi pasukan yang mahu bersaing mendapat promosi ke Liga Super. Pada perlawanan semalam Kelantan United menjadi lebih baik apabila bermain dengan 3 pemain tengah berbanding hanya 2.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan