Sarim Akhtar Yang Mendunia Di Internet, Walaupun Wajah Garang Namun Suaranya Lemah Lembut

Hanya kerana satu reaksi kecewa, Muhammad Sarim Akhtar menempa kegemilangan di internet menerusi meme yang tersebar luas.

Meme tersebut juga dikenali sebagai Disappointed Cricket Fan dan juga Angry Pakistani Fan, merujuk kepada reaksi kecewa beliau ketika perlawanan kriket melibatkan Pakistan pada Jun 2019.

Ketika itu Pakistan bertemu dengan Australia dalam Piala Dunia Kriket. Ketika perlawawnan itu, pemain Pakistan Asif Ali termuntah bola daripada tangannya.

Dan pada momen dan tempat yang tepat, kamera dihala ke arah Sarim yang menunjukkan reaksi geram dan kecewa tak terkata.

Reaksi itu tersebar cepat dan terus menjadi meme. Lebih menarik apabila laman Twitter ICC sendiri menggunakan meme yang ketika itu masih baru tersebar di internet.

GIF yang dimuat naik oleh ICC / International Cricket Coucil itu menerima puluhan ribu likes dan ribuan retweet dalam masa beberapa bulan.

Malah wajahnya turut digunakan peminat Pakistan untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka dalam perlawanan berikutnya.

Beliau sedar akan meme itu dan menyatakan dia pun enjoy melihatnya.

Beliau seringkali terasa lucu dengan kelakuan netizen di internet yang kreatif menyunting gambarnya.

Sarim merupakan rakyat Pakistan yang menetap di London. Dan beliau pernah ditemubual ICC kerana ekspresi mukanya itu.

Beliau mengesahkan bahawa laporan menyatakan reaksi kecewanya adalah kerana Asif Ali yang terlepas bola di dalam gelanggang.

Oleh kerana kegemilangannya di alam maya, Persatuan Kriket Pakistan menggunakan Sarim dalam memberikan motivasi kepada para pemain Pakistan dalam aksi mereka pada musim baharu.

Ianya agak menarik kerana PCB menggunakan watak troll dan meme itu sebagai suara peminat yang mahukan pemain bermain dengan rasa bangga dan bersemangat tinggi.

Namun malangnya, Sarim mendapat reaksi dengan meme beliau sendiri. Di mana para peminat agak kecewa dengan suaranya yang sebenarnya lemah lembut.

Kerana ramai yang menjangka suaranya ganas. Nah dengar di sini:

Gagan Thegane berkata: “Ingatkan dia ada suara ganas, tapi tak ada masalah la.”

“Selepas mendengar suara Mr Sarim bercakap, netizens ‘be like’:”

Apapun, Sarim telah menjadi salah satu wajah paling popular di arena kriket dan beliau juga sangat popular ketika ini.

Dalam setiap aksi Pakistan, beliau menjadi perhatian. Malah pada satu ketika beliau menjadi antara wajah ‘pendamai’ penyokong India dan Pakistan di arena kriket.

Baca yang lain