Sarri Hina AC Milan

Media pro AC Milan sangat kecewa dengan kenyataan Maurizio Sarri yang dilabel sebagai berbentuk penghinaan dan provokatif.

Pengurus Juventus itu dituduh melakukan perkara itu selepas tamat aksi separuh akhir kedua Coppa Italia. Di mana Juventus mara ke final selepas menang menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Ini kerana pada leg pertama yang berlangsung di San Siro, mereka mampu mencetak gol menerusi penalti Cristiano Ronaldo.

Media pro AC Milan kecewa kerana Sarri menyatakan mereka tidak mengerahkan seluruh kekuatan mereka pada malam itu.

Ini kerana mereka tahu AC Milan tak akan mara ke final, walaupun mereka bermain separuh daripada kekuatan sebenar.

Sarri berkata: “Itu adalah perlawanan yang ditentukan oleh banyak faktor: fizik, corak permainan dari AC Milan, dan kelebihan yang kami dapat.”

“Inilah sebabnya kami tidak mengerahkan kemampuan terbaik kami. Sebab, kami tahu ada hal lain yang mampu menghantar kami ke final tanpa harus bekerja keras,” ujarnya.

Dari ucapannya tersebut, Sempre Milan menganggap Sarri telah melontarkan komen yang agak provokatif yang ditujukan ke AC Milan.

Kata-kata tersebut menunjukkan bahwa Juventus tak perlu berjuang keras karena mereka tahu Rossoneri tak mungkin akan menang di Coppa Italia.

Peminat AC Milan pula berpandangan, Juventus sudah berusaha sedaya upaya dalam perlawanan itu. Malah menurunkan pemain terbaik mereka seperti Cristiano Ronaldo.

AC Milan pula tanpa beberapa pemain penting, iaitu Zlatan Ibrahimovic, Samuel Castillejo, dan Theo Hernandez. Malah dalam aksi tersebut AC Milan turut bermain dengan kurang seorang pemain.

Jadi, memang sudah dijangka AC Milan akan bergelut.

Peminat peminat AC Milan menuduh Sarri sebagai tidak menunjukkan ‘class’ dalam komentarnya.

Baca yang lain