Sarri Jelaskan Secara Taktikal Kenapa Jojo Layak Memenangi Ballon D’Or Jika Itali Juara Euro

Bekas pengurus Jorginho di Napoli dan Chelsea, Maurizio Sarri ternyata masih mengagumi anak didiknya itu. Jorginho ataupun Jojo merupakan pemain andalan Sarri sebelum ini.

Dari Napoli sehingga ke Chelsea, malah cuba dibawanya ke Juventus sekali. Cuma Jojo sahaja yang menyatakan dia menolak tawaran itu kerana mahu berbakti kepada Lampard.

Jorginho merupakan deep lying playmaker yang memiliki visi permainan yang bagus. Namun Sarri faham bahawa, ramai yang kurang arif tentang peranan sebenar jejaka itu di atas padang.

Jorginho  membantu Chelsea menjuarai UCL pada musim ini. Dan dalam landasan untuk membantu negaranya memenangi Euro 2020. Jorginho menjadi pemain utama Roberto Mancini dalam skuad Itali yang setakat ini mara ke separuh akhir.

Maka, di mata Sarri, pemain kebangsaan Itali kelahiran brazil itu telah membantu membangunkan sistem dalam pasukan Chelsea dan Itali.

Menurut Sarri, Jorginho pemain genius di atas padang dalam membuatkan segalanya nampak mudah. Seterusnya Sarri mendedahkan bahawa Chelsea dan beliau ketika itu berusaha untuk memastikan Jorginho milik mereka selepas Pep Guardiola juga mahukan pemain itu.

Jojo untuk Ballon d’Or

Sarri telah mengemukakan calon Ballon D’or yang mengejukan ramai. Bukan Messi, bukan Cristiano Ronaldo ataupun Neymar, tetapi Jorginho.

Sarri dengan dblend di tangannya berkata kepada Football Italia: “Jika dia menang Euro 2020, maka dia adalah calon untuk memenangi Ballon d’Or.”

“Dia membuatkan segalanya nampakn mudah, itulah kehebatan Jojo ni. Ketika saya pergi ke Chelsea, kami masa tu berjaya merampas dia daripada menjadi milik Manchester City.

“Pada awalnya, sukar nak memahaminya. Para penyokong dan media mungkin sukar nak faham akan peranan dan fungsi Jojo. Tapi sekarang saya melihat dia semakin dihargai. Dia malah pernah menjadi kapitan pasukan Chelsea.”

Itali akan berhadapan dengan Sepanyol dalam aksi separuh akhir yang dianggap pertemuan buku dan ruas.

Jorginho dijangka akan terlibat sekali lagi dalam satu lagi aksi penting untuk mereka meneruskan rekod tanpa kalah selepas 32 perlawanan. Paling penting adalah untuk mara ke final dan cuba menjuarai Euro 2020 pada kali ini.

Sarri akan memulakan tugasannya bersama dengan Lazio pada musim hadapan selepas berehat semusim sebaik sahaja meninggalkan Juventus.

Sarri dianggap salah seorang tactician yang luar biasa. Malah Pep Guardiola sendiri pernah memuji kebijaksanaan Sarri dalam mencorak dan mengolah taktikal di atas padang.



BACA JUGA: Mendefinisikan Jorginho Secara Taktikal

Pada kali ini aku akan menjelaskan definisi secara ringkas tentang pemain tengah pasukan Chelsea, iaitu Jorginho,
Sebenarnya, ada seorang brader menghantar mesej kepada aku di page ini. Beliau mahu tahu Jorginho adalah pemain yang macam mana.

Posisi asas

Semua orang tahu beliau merupakan pemain yang bermain di bahagian defensive midfielder.

Namun dalam pendefinisian kali ini aku akan meningkat sedikit dalam lah. Tapi tak adalah sampai dalam sangat.

DM jenis apa?

Kalau kau orang melihat pada badannya pun korang dah boleh agak dah dia ni tipikal destroyer.

Ini bermaksud mereka bukanlah permainan fizikal tetapi mematikan serangan lawan dengan pintasan ataupun interception.

Jadi dia ni sama dengan Kante. Cuma Kante lebih keras. Destroyer ala Makalele. Dulu orang sebut sebagai Makalele role.

Stail permainan

Berbeza dengan Kante, beliau merupakan tipikal regista di dalam padang. Ini kualiti yang Kante kurang. Kante lebih kepada Makalele role. Memenangi bola dan melakukan hantaran ringkas kepada kawan.

Jorginho pula, bertindak sebagai deep lying playmaker. Beliau mampu untuk melakukan hantaran jauh secara diagonal ataupun vertikal yabg mampu mencetuskan ancaman secara langsung.

Hantaran ini bukanlah jenis pakai rembat je ke depan untuk mengeluarkan bola segera. Tetapi mereka akan cuba memastikan bahawa semua itu akan mencetuskan ancaman.

Akibat sifat mereka yang agar tidak keras secara fizikal, maka mereka tidak akan berminat terlibat dalam duel fizikal.

Jadi di sini anda akan melihat mereka kerap untuk melakukan hantaran ke belakang apabila melihat atau tekanan datang dari depan.

Kadang-kadang ada pun bosan dengan permainan mereka ini banyak yang kelihatan sangat pasif dan neutral pass.

Tetapi apabila mereka atau melihat ruang mereka mampu untuk melancarkan satu hantaran yang mencetuskan ancaman secara terus.

Biasanya pemain seperti ini jurulatih dan penyokong perlulah bersabar dengan kualiti mereka.

Andrea Pirlo dan Xabi Alonso pun sama dahulu bukan pemain yang boleh dribble dan bergasak.

Rumusan

Itulah definisi kepada Jorginho.

Posisi: DM / 6 / pivot
Baka / breed: Destroyer
Style of play: Regista/deep lying playmaker
Kekuatan utama: Long ball yang mencetuskan ancaman terus
Tambahan: Lebih selesa menjadi lone pivot.

Dalam sistem permainan Chelsea yang ada pada hari ini jelas Frank Lampard tidak merasakan Jorginho sebagai deep lying playmaker sebagai kelemahan tetapi satu kelebihan.

Mereka ni semakin besar ruang diberikan semakin bahaya mereka ni.

Dan pada masa sama kredit juga kepada Maurizio Satria yang telah melatih N’golo Kante untuk memahami peranan no.8.

Chelsea ada variasi dalam posisi Pivot / DM. Mereka boleh pakai sama the deep lying playmaker ataupun tipikal Makalele role.

Okey diharap dengan penjelasan ini korang akan dapat faham apa yang aku cuba sampaikan. Jika korang rasa artikel ini ini memerlukan pembetulan sila PM atau pun letak kat bahagian komen.

Baca yang lain