Sarri Kritik Ronaldo Tumpul, Kakak Ronaldo Pula Kecam Taktikal Sarri

Kekalahan Juventus dalam Coppa Italia di tangan Napoli memberikan kesan yang kuat.

Maurizio Sarri terlepas satu lagi peluang menambah piala. Dan Ronaldo pertama kalinya tewas dua final berturut turut di dalam kariernya.

Ronaldo menjadi perhatian umum selaku pemain bintang utama pasukan Juventus.

Maurizio Sarri tidak gembira dengan ketumpulan pemain itu di hadapan gol walaupun beliau yakin Ronaldo berada dalam kondisi fizikal terbaik.

Sarri berkata: “Dia dalam bentuk yang sama seperti pemain lainnya, seperti Paulo Dybala dan Douglas Costa, dia kurang tajam untuk melakukan apa yang terbaik untuk dia,” ujar Sarri.

“Saya tidak banyak bercakap dengan para pemain setelah tamat perlawanan. Saya marah dan kecewa seperti mereka, jadi di momen-momen seperti itu yang terbaik adalah tetap diam.”

Segalanya serba tak menjadi buat kapten antarabangsa Portugal itu.

Luca Toni pula berpandangan Ronaldo tidak berada dalam kondisi terbaik dan seperti seorang pemain biasa dalam perlawanan ini.

Toni malah menyifatkan Ronaldo bergelut untuk menggelecek sekalipun.

Kakak Ronaldo, Elma Aveiro, pula telah menyalahkan Sarri. Menurutnya taktikal Sarriball lembab dan membuatkan Ronaldo kesukaran.

“Apalagi yang bisa Anda lakukan? Ini dia dan ya itu saja, itulah sebabnya sayangku tidak bisa membuat keajaiban seorang diri …” tulis Elma di akaun Instagram-nya.

“Aku faham bagaimana kamu boleh bermain bola sepak dengan cara begini… bangkitlah, Rajaku.”

Seorang kakaknya, Katia Aveiro menulis di Instagram bersama foto Ronaldo: “Jangan bermain-main dengan dia.”

Corriere dello Sport, melaporkan Elma turut berkata: “Tuhan tak pernah gagal. Dia cergas, jadi sekarang apa lagi?”

Juventus tewas di tangan Napoli dalam penentuan sepakan penalti. Ini kali pertama dalam karier Ronaldo beliau tewas dua final secara berturut turut.

Sebelum ini Juventus tewas di tangan Lazio dalam saingan Piala Super Itali.

Sarri juga gagal memanfaatkan peluang menambah koleksi medalnya selepas memenangi major pertama bersama Chelsea dengan kejuaraan Liga Europa.

Juventus juga masih jauh daripada selesa dalam persaingan Serie A. Ini kerana mereka hanya ada kelebihan 1 mata di atas Lazio pada carta liga.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan