Sarri Mahu Kepa Sekali Lagi, Imbas Penyesalan Kepa Atas Insiden Memalukan Kelab

Laporan dari Itali Itali mencadangkan bekas jurulatih Juventus dan Chelsea, Maurizio Sarri mahu bergabung semula dengan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga di Lazio.

Khabar angin itu tentang perkara itu telah pun timbul beberapa minggu lalu. Ini selepas Sarri dikatakan tidak berpuas hati dengan penjaga gol Lazio yang ada.

Pepe Reina disisihkan ke bangku simpanan dan Strakosha diberikan peluang dalam kesebelasan utama dalam aksi minggu lalu.

Sarri jelas sekali memantau perkembangan Kepa Arrizabalaga di Chelsea.

Jika Kepa berhasrat mahukan minit perlawanan, maka Lazio sedia memberikan beliau. Ini kerana agak mustahil untuk melihat Kepa menendang Edouard Mendy daripada kedudukan no.1 di Chelsea ketika ini.

Mendy merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia pada masa ini.

Kepa, pemain asal Sepanyol yang berusia 27 tahun itu dibeli oleh Chelsea dengan ‘hantaran’ sebanyak 80 juta Euro secara keseluruhan –  dari Athletic Bilbao pada musim panas 2018, ketika itu Sarri adalah jurulatih The Blues.

Kepa merupakan ball playing Keeper yang sesuai dengan sistem Maurizio Sarri.

Walaupun pernah berlaku peristiwa di mana Kepa lebih ‘manager’ daripada Sarri. Apabila pemain itu menolak untuk dikeluarkan dalam final Piala Carabao 2019.

Sarri pernah menyatakan bahawa hubungan dia dan Kepa baik baik sahaja. Cuma berlaku salah faham.

Buat masa ini, Lazio mahu meyakinkan Kepa untuk datang kelab mereka. Dan Lazio juga difahamkan lebih memilih untuk meminjam Kepa terlebih dahulu dengan opsyen pembelian tetap.

Ini adalah peluang untuk Kepa bangkit semula dan cuba memenangi tempat dalam skuad kebangsaan Sepanyol sekali lagi. Terutama sekali untuk menyertai Sepanyol dalam Piala Dunia akan datang.

Sebelum ini, Kepa pernah membincangkan insiden kontroversi dengan Sarri.

Kepa dan Sarri menjadi bahan jenaka dan meme di internet. Kepa kemudian diusik dengan label sebagai pengurus sebenar pasukan Chelsea kerana dia menentukan sama ada dia bermain atau tidak.

Salah faham

Penjaga gol itu menganggap insiden itu berlaku hanya kerana salah faham. Dan kemudian itulah juga peristiwa yang terus mempengaruhi prestasinya.

Kepa kehilangan tempat secara total sebagai penjaga gol utama Chelsea pada ketika musim lalu.

Sarri ketika itu mengarahkan Willy Caballero masuk untuk menggantikan Kepa yang dilihat mengalami kecederaan.

Namun Kepa ingkar arahan, malah memberikan isyarat kepada Sarri agar pengurus itu diam sahaja di bangku simpanan dan tidak sesekali menggantikannya.

Kepa menegaskan, sebenarnya dia tidak cedera, sebaliknya hanya sengaja melengahkan perlawanan. Perkara itu yang cuba dilakukan Kepa namun Sarri tidak faham dengan helah dan muslihatnya.

Lantas Kepa dianggap pemain yang ingkar arahan dan tidak patuh kepada pengurus. Ada juga yang menegaskan bahawa, Sarri mahu memasukkan Caballero kerana penjaga gol itu merupakan pakar penyelamat penalti.

Kepa: Saya patut keluar

Sarri mahu memastikan penjaga gol yang benar benar cergas dapat beraksi dalam penentuan penalti tersebut.

Lebih malang apabila Chelsea tewas dalam penentuan penalti.

Kepa berkata kepada Player’s Tribune: “Semuanya hanya salah paham. Saya merasa ada kesakitan di kaki saya selepas menepis bola. Lalu saya memanggil pegawai fisio untuk memastikan bahawa saya ok.”

“Sama ada saya membuat keputusan yang betul atau salah pada masa tu, saya cuba melengahkan waktu untuk memberikan kesempatan kepada pasukan saya berehat.”

“Tiba-tiba saya melihat pengurus bersedia akan memasukkan Willy. Mungkin beliau anggap saya sudah tak dapat meneruskan perlawanan lagi.”

“Saya dah cuba menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak cedera tetapi suara bising dari penyokong membuatkan keadaan menjadi sebaliknya.”

Sarri kelihatan sangat marah dengan tindakan Kepa tersebut.

Maafkan saya – Kepa

Kepa kemudian meminta maaf kepada semua pihak di Chelsea di atas tindakannya. Dia menegaskan bahawa, seharusnya dia keluar sahaja ketika itu dan menghormati pengurusnya.

Tindakannya itu secara tak langsung membuatkan Sarri menanggung malu begitu juga dengan rakan sepasukan dan penyokong Chelsea.

“Saya sepatutnya keluar sahaja pada masa itu. Malangnya saya tidak berbuat begitu, maaf.”

“Saya bersalah dan saya ingin meminta maaf untuk semua yang berkaitan dengan Chelsea. Kepada Sarri, yang sepertinya saya sudah jatuhkan air mukanya di hadapan umum, kepada Willy, kepada rakan sepasukan yang juga profesional sejati. Dan kepada rakan sepasukan serta penyokong Chelsea yang terpaksa berhadapan dengan segalanya [kritikan dan diketawakan]. ”

“Beberapa hari setelah pertandingan final itu, telefon saya dipenuhi caci maki. Orang menuduh aku melawan Sarri.”

“Saya dan coach bercakap tentang perkara itu dan kami melupakannya.”

Selepas insiden itu, Kepa gagal mendapatkan prestasi terbaiknya. Dia yang sebelum itu dicanang sebagai penjaga gol no.1 negaranya, juga kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan.

Walaupun sudah memiliki penjaga gol termahal dunia, Chelsea sekali lagi membeli penjaga gol dengan harga mahal dengan mendapatkan Edouard Mendy.

Baca yang lain