Sarri Suruh Wartawan Puji Ibu Ronaldo Kerana Hasilkan Spesimen Luar Biasa

Jurulatih Juventus Maurizio Sarri tidak mahu menerima kredit untuk prestasi cemerlang di hadapan gol Cristiano Ronaldo ketika menentang AS Roma.

Penyerang berusia 34 tahun itu berterusan mencetak gol di Itali.

Maurizio Sarri gembira dengan prestasi pemain itu namun beliau tidak mahu wartawan memberikan pujian ke atas beliau. Sebaliknya berikan pujian kepada ibu Ronaldo yang berjaya menghasilkan baka / spesimen terbaik, kata beliau sambil berseloroh.

Maurizio Sarri berkata: ” Jangan berikan saya kredit. Tetapi berikan kredit kepada ibunya kerana menghasilkan spesimen seperti itu!”

Bianconeri melangkah ke semifinal Coppa Italia. Lawan mereka selepas ini, sama ada AC Milan atau Torino. Ini selepas Juventus mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas AS Roma.

3 gol Juventus adalah menerusi Cristiano Ronaldo, Rodrigo Bentancur dan Leonardo Bonucci.

Manakala gol AS Roma adalah saguhati daripada jaringan sendiri Gigi Buffon.

“Kami bermain pada separuh masa pertama dengan cukup baik. Tetapi kami [seolah – olah] tidak keluar dari bilik persalinan untuk permulaan babak kedua.” kata Sarri kepada Rai Sport, merujuk kepada percubaan Cengiz Under.

“Selepas beberapa saat, kami sekali lagi menentang pasukan yang mempunyai permainan hantaran yang sangat bagus.”

Berkenaan dengan prestasi Buffon, Sarri menganggap penjaga gol beliau itu bermain dengan sangat baik. Jelas sekali beliau masih lagi mampu bermain di peringkat tertinggi.

“Gigi Buffon membuat beberapa save yang memberikan isyarat bahawa dia masih dalam keadaan terbaik dan penjaga gol yang boleh bermain di peringkat tertinggi.”

“Douglas Costa tidak mempunyai ada 90 minit padanua, tetapi dia kelihatan bertambah baik.”

“Cristiano Ronaldo berada dalam keadaan fizikal dan mental yang luar biasa. Dia menjaringkan gol dengan konsisten dengan gol yang luar biasa.”

“Pada tahap individu, saya tidak melihat apa lagi yang harus diperbaiki oleh Ronaldo. Mungkin dalam beberapa situasi ketika bertahan.”

“Saya tidak boleh mengambil kredit untuk prestasi semasa Ronaldo, anda harus cuma boleh memberikan kredit kepada ibunya kerana menghasilkan spesimen seperti itu!”

Cristiano Ronaldo jelas sekali tiada tanda tanda beliau sedang merosot walaupun tidak selincah dahulu.

Beliau terus konsisten menjadi seorang penjaring gol yang tajam di hadapan gol.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.