Jurulatih Lazio, Maurizio Sarri mendedahkan, oleh kerana keengganan Cristiano Ronaldo untuk bermain sebagai penyerang tengah di Juventus, membuatkan pemain itu jarang diturunkan sebagai no.9 kecuali dalam keadaan sangat terdesak.
Dan pengurus asal Itali tersebut merasakan bahawa peranan dia di Man United ketika ini membuatkan prestasinya tidak bagus.
Agak mengejutkan, pemain antarabangsa Portugal itu tidak berada dalam skuad untuk perlawanan derbi Liga Perdana Ahad, Manchester United dan Manchester City, yang akan berlangsung di Etihad.
Ianya adalah perlawanan penting buat Manchester United dalam usaha mereka mahu menempatkan diri dalam kelompok 4 teratas untuk mara ke UCL musim hadapan.
Sementara itu, selepas Lazio kendalian Maurizio Sarri menewaskan Cagliari 3-0 dalam perlawanan Serie A, bekas pengurus Napoli itu diminta mengulas situasi Ronaldo dan Ralf Rangnick di Old Trafford.
Dan Sarri tidak berselindung tentang apa yang berlaku di Juventus dahulu. Di mana Ronaldo dengan terbuka menyatakan kepada Sarri dia tidak mahu dijadikan no.9 secara tetap.
Tetapi Sarri memahami permintaan Ronaldo itu kerana berdasarkan statistik gol, dia akan lebih prolifik kalau diberikan peranan lebih wide atau luas.
“Cristiano menjaringkan lebih banyak gol Serie A pada musimnya bersama saya berbanding orang lain,” kata Sarri kepada Sky Sport Italia.
“Dia bersedia untuk bermain sebagai penyerang tengah dalam beberapa perlawanan apabila kami menghadapi kecemasan, tetapi dia tidak begitu menyukai idea untuk melakukannya secara tetap.”
“Dalam situasi itu, anda akhirnya mencabar kepastian yang ada pada pemain itu. Ronaldo menjaringkan 35-40 gol setiap musim bermula dari kedudukan yang lebih luas [wide], jadi baginya ia adalah permintaan yang hampir tidak munasabah untuk menjadikannya no.9 secara tetap.’
“Namun itu boleh difahami dengan cara dia bermain dan menjaringkan gol.”
SARRI:
“Cristiano Ronaldo scored more Serie A goals in his season with me than any other, He was prepared to play centre-forward in a few games when we had an emergency situation, but he didn’t much like the idea of doing it regularly."
[Football Italia] pic.twitter.com/KCDlWcT8uM
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) March 6, 2022
Ronaldo bermain 46 perlawanan kompetitif di bawah Sarri di Juventus dan menjaringkan 37 gol.
Pada musim 2019/2020, Ronaldo menjaringkan 31 gol dalam 33 penampilan Serie A, serta lapan bantuan gol dalam masa yang sama.
Ronaldo meninggalkan Juventus dengan rekod gol luar biasa walaupun tidak lama beraksi di sana.
Ronaldo kemudian memutuskan untuk pulang semula ke pangkuan Manchester United dengan perpindahan sekitar GBP25 juta. Ronaldo disambut sebagai legenda hidup kelab.
Dan dalam beberapa minggu kebelakangan ini banyak media Britain mempersoalkan kelayakan Ronaldo untuk bermain dalam Liga Perdana inggeris, memandangkan Ronaldo hanya menjaringkan satu gol dalam 10 perlawanan terakhirnya untuk Manchester United ketika ini dan angka itu tidak boleh berubah sehingga akhir musim.
Walaupun prestasinya tidak memuaskan, namun Ronaldo kekal menjadi penjaring utama dalam pasukannya, Manchester United pada ketika ini.
Namun berbalik kepada cerita no.9, Ronaldo banyak beraksi dalam posisi tersebut ketika di Real Madrid. Di mana Zinedine Zidane menegaskan bahawa Ronaldo sudah menukar gaya permaianannya daripada pemain yang suka menggelecek dari bawah kepada pemain yang lebih fokus kepada ruang dalam kotak penalti.
Zidane menyatakan bahawa, pada usia Ronaldo yang sudah lebih 30-an, adalah lebih baik cuba mendapatkan hasil terbaik daripada kualiti naluri gol ataupun poaching beliau berbanding mengharapkannya turut menjadi playmaker.
Jadi pastinya agak mengejutkan apabila mendengar Ronaldo tidak menggemari peranan no.9 tersebut.
Ronaldo memang pemain penyerang sayap. Bermula dari sayap kanan dan kemudian ditukarkan kepada inverted winger sebelah kiri.
Adakah Ronaldo tidak gembira dengan pernana no.9 di United seperti didakwa Sarri? Mungkin juga tidak.