Satu Bumi Terkejut! Fulham Rugi Lebih £402 Juta (RM2.3B) Kerana Hilang Pedoman Beli Pemain

Fulham memang dikenali dengan sikapnya yang boros tak bertempat dalam beberapa musim ini. Namun hasilnya terus yilek!

Pada musim 2018/19, Fulham naik ke EPL. Dan dengan segala wang yang ada, mereka telah berbelanja besar sekitar £100 juta untuk membeli pemain. Duit hasil promosi habis dilaburkan untuk membeli 12 orang pemain.

Mungkin melihat kejayaan Man City dan Chelsea sebelum ini membuatkan Fulham bernafsu kuda untuk membeli semua pemain yang tersedia di jendela perpindahan dengan nilai tinggi supaya kelab penjual tak menolak bidaan mereka.

Pembelian tak masuk akal musim 2018/19

Mereka mendapatkan pemain seperti Aleksander Mitrovic dengan nilai £20 juta. Dan seterusnya memenangi perebutan mendapatkan Jean Michael Seri dengan nilai £25 juta. Pemain yang diintai banyak kelab besar seperti Chelsea, Liverpool, Spurs dan banyak lagi. Namun Fulham menawarkan pakej gaji luar biasa untuk memastikan pemain itu memilih mereka.

Seri ternyata tidak berseri di Fulham. Dia malah dianggap pembelian paling tak berguna selepas itu.

Mereka membeli pemain yang ada rekod kecederaan membimbangkan Alfie Mawson dengan £15 juta. Dan pemain itu hanya bermain 13 kali je musim 2018/19.

Fulham turut membayar £12 juga untuk Maxime Le Marchand dan pada deadline day membayar £30 juta untuk Andre-Frank Zambo Anguissa.

Fulham kemudiannya meminjam beberapa pemain seperti André Schürrle, Timothy Fosu-Mensah dan penjaga gol Sergio Rico yang kesemuanya tidak memberikan impak.

Bintang lain ditandatangani mereka adalah pemain yang turut menjadi perhatian banyak kelab besar, Luciano Vietto – juga secara pinjaman.

Pada Januari mereka mendapatkan Lazar Marković dan Ryan Babel dari Besiktas. Hasilnya?

Mereka tersingkir pada akhir musim. Menamatkan saingan dengan hanya 7 kemenangan 5 seri dan 26 kali berkicap kalah. Sebagai perbandingan, Wolves yang turut sama naik dengan mereka pada ketika itu berbelanja besar juga – berjaya menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Di mana silapnya? Ya pemain tak sesuai dibawa masuk tanpa ada perancangan lebih baik. Bukan mudah nak membentuk pasukan dengan 10-15 pemain baharu dalam semusim.

Selepas tersingkir secara memalukan, Fulham kembali semula ke EPL musim 2019/20.

Dan mereka kali ini lebih berhemah. Lebih kerana impak kewangan yang melanda kelab mereka. Akhir musim mereka balik semula ke Liga Championship.

Fulham rugi besar

Laporan oleh Price Football menyatakan bahawa dalam 3 tahun terakhir ini, Fulham mencatatkan kerugian lebih £402,000,000 (£402 juta) ataupun lebih RM2.3B.

Mujur kelab mereka masih ada tunai dalam akaun kerana pemilik kelab masih komited untuk menyuntik dana. Sebahagian daripada wang itu dikira pinjmanan daripada pemilik.

Ya, pemilik meminjam wang dari diri sendiri untuk kelabnya sendiri.

Laporan itu menyatakan: “Kerugian keseluruhan Fulham dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih daripada £402,000,000. Namun kelab masih ada wang dalam akaun daripada wang pelaburan dan pinjaman modal daripada pemilik kelab.”

“Fulham rugi hampir £80 juta kerana tersingkir dan kehilangan sebahagian besar wang penyiaran yang menjadi sumber pendapatan utama mereka – mewakili 75% daripada pendapatan kelab. Gaji pemain berjaya dikurangkan kepada £15 juta musim lalu, dengan purata gaji seorang pemain £34,000 seminggu. Jujurnya, mereka tak beli banyak kali ini.”

“Pengarah tertinggi menerima bayaran £948k – pengurangan £400k dari seblum ini. Di mana penyokong Fulham mulai membuka tabung GoFundMe untuk membantu membayar pengarah kelab.”

“Fulham membeli pemain hampir £5 juta pada in 2019/20 dan dinaikkan liga dengan skuad yang menelan kos sekitar £186 juta.”

“Terima kasih kepada Brighton kerana membeli Knockaert.”

“Fulham masih ada £17 juta hutang oleh kelab lain yang belum dibayar kepada mereka kerana pembayaran ansuran. Dan Fulham masih berhutang dengan kelab lain £53 juta.

“Pemilik Fulham, Shahid Khan membeli saham £77.5 juta untuk pengambilalihan pada 19/20 mengawal 502 juta saha. Hanya Celtic ada perkongsian saham lebih banyak dariapda Fulham di UK.

“Sejak 30 Jun 2020, Fulham menandatangani pemain dengan nilai lebih £52 juta dan ini masih belum cukup untuk mengelakkan mereka tersingkir.”

Impak daripada wabak telah memburukkan lagi kewangan Fulham pada ketika ini. Di mana kebanyakan aksi lebih setahun ini tanpa penyokong ke stadium.

Lebih teruk lagi, Fulham sekali lagi tersingkir dari EPL. Dan ini akan memberikan impak lebih besar kepada kelab mereka.

Sudah tentunya keaadan ini merisaukan peminat Fulham. Silap silap haribulan mereka boleh muflis.

Sumber:

Kieran Maguire