M0toGP musim ini terus mencatat kegilaan. Terbaru, carta pendahulu kini bertukar tangan kepada pelumba paling konsisten musim ini iaitu Joan Mir β yang tak pernah menang walau sekalipun.
Plumba Suzuki Ecstar Joan Mir sekali lagi berada di podium dalam aksi MotoGP Aragon 2020 dengan menamatkan saingan di tangga ketiga.
Joan Mir joins the battle for first placeπ#AragonGP π pic.twitter.com/8lIU7WydPK
β isma (@ismaname_) October 18, 2020
Ketiga-tiga pemandu yang bermula di barisan hadapan, Fabio Quartararo, Maverick Vinales dan Cal Crutchlow, gagal memanfaatkan kelebihan itu dan gagal berada di podium.
Pemenangnya, Alex Rins, memulakan perlumbaan dari kedudukan 10. Manakala naib juara Alex Marquez, memulakan perlumbaan satu kedudukan di belakang pasukan utama Suzuki Ecstar. Kedudukan ketiga dihuni oleh rakan sepasukan Alex Rins, Joan Mir, yang bermula dari tempat keenam.
Dengan menduduki tempat ketiga, Joan Mir menambah 16 mata dalam kedudukan. 16 mata tambahan membuatnya naik ke puncak carta kejuaraan dengan jumlah keseluruhan 121, manakala pesaing utamanya minggu ini Fabio Quartararo gagal untuk mendapatkan tempat lebih baik.
Pelumba Petronas Yamaha SRT Team hanya menduduki tempat 18. Kesalahan pemilihan tayar menjadikan Fabio Quartararo sukar sepanjang perlumbaan dan semakin lama semakin perlahan.
Sebelum perlumbaan di Aragon, Joan Mir ketinggalan 10 mata di belakang Fabio Quartararo.
Your #AragonGP π podium!
π₯ Alex Rins
π₯ Alex Marquez
π₯ Joan Mir#MotoGP pic.twitter.com/tJcRydjpEXβ JUNSS80 (@Sutris882) October 18, 2020
Selepas perlumbaan, dia mengalahkan Quartararo dengan enam mata di depan dengan baki tiga perlumbaan.
Di kalangan 3 pelumba di kedudukan teratas ketika ini, hanya Joan Mir yang tidak pernah memenangi satu perlumbaan di Kejuaraan Dunia MotoGP 2020.
Fabio Quartararo, yang berada di tempat kedua, telah memenangi tiga siri. Sementara itu, di tempat ketiga, Maverick Vinales, juga pernah menang sekali di Emilia Romagna GP.
Malah, pelumba yang menduduki tempat keempat, Andrea Dovizioso, berjaya memenangi MotoGP 2020 Austria, Ogos lalu.
Mir sendiri menyatakan sebelum ini, dia tidak akan dapat menerima kalau dia menjadi juara MotoGP musim ini tanpa memenangi sebarang Grand Prix. Namun itu bukan bermakna Mir tak bagus.
Kunci utamanya adalah konsitensi. Mir adalah pelumba paling banyak mata dalam 5 atau 6 perlumbaan terakhir. Dan kini dia menjadi pelumba paling banyak mata secara keseluruhannya.
How it started / How it's going pic.twitter.com/zYit2Zzosd
β JoanMir36 (@JoanMirOfficial) October 14, 2020
Prestasi Alex Marquez juga terus mencuri tumpuan. Rookie Honda itu berjaya menaiki podium buat kali kedua berturut turut.
Menjadikan beliau pelumba Repsol Honda terbaik musim ini.
Alex Rins fends off Alex Marquez to win the #AragonGP! Joan Mir finishes 3rd to take the championship lead. Results:
1. Rins
2. A Marquez
3. Mir
4. Vinales
5. Nakagami
6. Morbidelli
7. Dovizioso
8. Crutchlow
9. Miller
10. Zarco pic.twitter.com/QiJPYHeD94β Autocar India (@autocarindiamag) October 18, 2020
Berikut adalah keputusan GP Aragon:
1 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
2 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)
3 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
4 Maverick ViΓ±ales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)
5 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)
6 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)
7 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)
8 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)
9 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)
10 Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)
11 Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)
12 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)
13 Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
14 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)
15 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)
16 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)
17 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)
18 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)
19 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
20 Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)
Manakala ini kedudukan keseluruhan para pelumba: