Satu Lagi Klip Greenwood Paksa Harriet Melakukan Hubungan Dengannya Namun Ditolak

Mason Greenwood dirundung kontroversi apabila melakukan keganasan domestik ataupun keganasa rumah tangga ke atas teman wanitanya, Harriet Robson.

Ada satu lagi klip rakaman suara di mana Greenwood memaksa Harriet untuk melakukan hubungan kelamin dengannya. Namun wanita itu menolaknya pada ketika itu.

Kelab Manchester United sudah sedia maklum tentang gambar gambar dan klip video yang tersebar di media sosial yang dikaitkan dengan pemin berusia 20 tahun itu, yang juga graduan akademi Man United di Carrington.

Berikut adalah apa yang dikatakan oleh lelaki dan wanita tersebut.

Lelaki: “Harriet bukaklah kaki kau tu. Alihkan kaki kau.”

Wanita: “Tak nak, saya tak nak buat hubungan s*** dengan kamu.”

Lelaki: “Aku tak peduli apa yang kau nak bodoh.”

Wanita: “Diamlah:

Lelaki: “Jangan menjawab.”

Wanita: “Kau letakkan benda kau yang keras kat sebelah aku dah kenapa. Aku tak nak la buat dengan kau.”

Lelaki: “Aku tak peduli pun kau nak buat ke tak. Dengar tak apa aku cakap ni?”

Wanita: “Kenapa pulak aku kena buat buat benda macam ni [dipaksa melakukan hubungan dengan dikasarai]?”

Lelaki: “Sebab masa aku cakap elok elok kau tak nak. Aku cakap elok elok kau tak akan buat pun. Apa lagi kau nak aku buat?”

Lelaki itu menambah: “Kau tolak aku sekali lagi, kau tengoklah apa akan jadi kat kau.”

Wanita: “Tak naklah”

Lelaki: “Ok, kau tengoklah nanti apa jadi lepas ni, berambuslah.”

Ini adalah laporan Daily Mail:

The man says: ‘Harriet… move your legs up. Move your f***ing legs up.’ She says: ‘No, I don’t want to have sex.’

He says: ‘I don’t give a f*** what you want you little s***.’ She tries to protest but he says ‘shut up’.

He goes on: ‘Talking to me stop.’ Robson says: ‘Stop putting your d*** near me. I don’t want to have sex with you.’

He says: ‘I don’t care if you want to have f***ing sex with me. Do you hear me?’ She says: ‘Why do I have to do this though?’

He says: ‘Because I asked you politely and you wouldn’t do it. I asked you politely and you wouldn’t do it. What else do you want me to do?’

He adds: ‘Push me again one more time and watch what happens to you.’ She says: ‘No.’ He goes on: ‘Well you will actually and watch what happens. Get the f*** off me.’

Jika benar itu adalah Greenwood maka dia kini berdepan dengan pertuduhan r*gol. Kerana wanita itu dipaksa melakukan hubungan intim tanpa kerelaan.

[VIDEO] Awek Greenwood Muat Naik Post Tunjukkan Dirinya Dipukul Dan Dicederakan Pemain Muda Tersebut

Penyerang muda Manchester United Mason Greenwood telah dituduh melakukan keganasan domestik oleh teman wanitanya Harriet Robson.

Beberapa jam yang lalu, satu post mengejutkan dunia telah disiarkan di akaun Instagram Harriet yang menunjukkan kesan lebam dan luka di badannya dengan kapsyen yang menyatakan: “Kepada semua orang yang ingin tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh Mason Greenwood kepada saya”.

Pasangan tersebut sebelum ini sangat mesra dan seringkali memuat naik gambar romantik mereka di media sosial.

Mereka dianggap pasangan muda yang sangat secocok.

Beberapa imej yang agak tidak menyenangkan untuk dilihat itu, jelas menunjukkan bahawa gadis itu terkena serangan fizikal. Dia kemudiannya menyiarkan klip audio yang memaparkan Greenwood telah menderanya secara fizikal dan mengancamnya.

Berita itu telah mengejutkan penyokong penyokong United rata rata baru bangun di UK, ketika berita itu tersebar. Mereka juga risau mengenangkan apa yang akan berlaku untuk pemain berusia 20 tahun itu selepas ini. Kerana kes itu dianggap sangat serius dan boleh membuatkan Greenwood masuk penjara.

Ramai yang mengecam Greenwood dan meminta pemain itu diheret ke muka pengadilan segera.

Greenwood telah disebut-sebut sebagai salah satu bakat paling cerah yang datang dari akademi United. Namun pemain itu sudah beberapa kali terlibat dalam kontroversi luar padang. Sebelum ini pernah melanggar peraturan kuaranti bersama sama dengan Phil Foden dengan membawa wanita ke hotel ketika tugasan antarabangsa England.

Dengan United enggan melabur dalam penyerang muda lain, ramai yang percaya bahawa pemain berusia 20 tahun itu adalah calon terbaik mengetuai barisan serangan untuk United.

Greenwood menyarung jersi kelab paling popular di dunia itu dan merupakan pemain antarabangsa England. Jadi, segalanya serba serbi luar biasa dicapainya pada usia muda.

Jika benar dia melakukan serangan itu, ia adalah kelakuan yang mengejutkan dan memalukan yang pastinya kelab itu tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur. Oleh itu, ia serta-merta meletakkan kerjayanya dalam bahaya.

United telah mengeluarkan kenyataan pagi ini dengan mengatakan:  “Kami sedia maklum tentang imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut sehingga fakta telah dipastikan. Manchester United tidak membenarkan sebarang bentuk keganasan.”

Laporan di Twitter mendakwa bahawa Polis Greater Manchester telah dimaklumkan tentang perkara itu, namun perkara itu masih belum disahkan.

Sudah tentu, seseorang tidak seharusnya membuat kesimpulan sebelum mendengar kedua-dua belah cerita, jadi peminat United akan mengharapkan maklum balas segera daripada Greenwood.

Mungkin terdapat juga penjelasan lain, contohnya akaun Robson mungkin telah digodam dan gambar serta audio dipalsukan. Itu antara perkara yang boleh berlaku, kata segelintir peminat yang mengambil langkah lebih tenang.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, akaun tersebut juga dilihat sudah memadamkan gambar gambar berkaitan dengan Greenwood. Ia menguatkan lagi spekulasi bahawa pemain itu benar benar melakukan serangan keganasan domestik ke atasnya.

Ramai yang memberikan sokongan kepada Harriet Robson kerana menurut mereka, setiap wanita tidak sepatutnya dilayan dengan keganasan seperti itu.

Tidak kurang juga yang memuji keberanian gadis itu yang melawan keganasan tersebut dan meminta Greenwood disumbat ke dalam penjara.

Andy Baker berkata: “Kita berhenti seketika bercakap tentang Mason Greenwood, kita beri tepukan kepada keberanian Harriet Robson. Saya harap dia akan melawan perkara ini dengan segala yang dia ada dan tindakannya akan mendorong lebih ramai wanita di luar sana bersuara tentang keganasan domestik dan penderaan. Cepat sumbat plastik sampah ini ke dalam penjara, tu tempat dia.”

Ada juga menyindir Greenwood, sebagai striker tugas dia adalah menyerang gawang lawan bukannya menyerang teman wanitanya sendiri yang lemah dan seharusnya dilindunginya.

Ini adalah rakaman tersebut yang dimuat naik oleh Harriet Robson:

Baca yang lain