Savinho: ‘Bermain Untuk Manchester City Adalah Impian Saya Dari Kecil”

Bintang muda baharu Manchester City, Savinho berbangga menyertai kelab yang dia telah sokong dari kecil. Pemain lincah Brazil itu menjadi rekurt baharu Manchester City dalam jendela perpindahan kali ini

Menyertai Manchester City ternyata impian Savinho sejak dari kecil lagi.

Menurut Savinho dia sudah lama meminati Man City sejak dari dia di bangku sekolah lagi ketika dia di Brazil.

Savinho berkata: “Rasanya sejak saya kecil lagi, sejak saya di Atletico Mineiro, saya menonton perlawanan perlawanan melibatkan Manchester City.

“Saya ada kawan yang berimpian nak tengok saya menjadi pemain Manchester City. Ketika main game, saya selalu pilih Manchester City.

“Saya bermain dengan kelab lain, dan dia kata, dia bermimpi bahawa saya bermain untuk Manchester City suatu hari nanti dan saya dia kata saya ada potensi untuk sampai ke sana.”

 

Savinho menimbulkan kontroversi apabila dia menyertai Manchester City dari Troyes. Kelab yang dibawah pemilikan City Group. Sebelum ini Manchester United dilarang untuk menandatangani Jean Claire Todibo kerana kelab Nice di bawah pemilikan INEOS.

UEFA menyatakan bahawa larangan itu berbeza dengan kes Savio yang menyertai Man City dari Troyes yang bernaung di bawah CFG – City Football Group, kerana dua kelab itu tidak bermain di pertandingan eropah yang sama. Satu kelab bermain di UCL dan satu kelab di UEL.

Boleh layan penjelasan di sini:

@axello_tacts

UEFA larang United sign Todibo. Dan peminat anggap ianya tak adil

♬ original sound – Axello Tacts – Axello Tacts