“Saya Gemuruh, Kucing Tu Nama Neski, Milik Saya”

Beberapa hari lalu telah tular gelagat seorang wanita yang dilihat ‘melarikan’ kucing berwarna oren.

Kelibat itu muncul ketika berita TV3 yang melaporkan tinjauan keadaan orang ramai menggunakan lebuh raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Netizen berseloroh menyatakan si oren (kucing) telah diculik di RNR. Perkongsian itu mendapat leboh 39,500 tweet.

Ada yang tertanya tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Lantas wanita itu tampil memberikan penjelasan.

Kucing itu bernama Neski. Dan tuannya ketika itu baru membersihkan badannya. Wanita itu bernama Mayamin Husna Hisham, berusia 22 tahun.

“Saya berlari kerana gemuruh tengok anggota polis dan tentera dalam masa yang sama baru sahaja membersihkan Neski.” kata Mayamin Husna Hisham.

Gadis yang menetap di Taman Tun Perak ,Cheras itu berkata, kejadian itu berlaku ketika singgah di Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Buloh.

“Waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bertemu dengan ibu di Sabak Bernam.”

“Kucing yang dipegang oleh saya itu adalah Neski yang dibela hampir setahun. Saya menamakannya itu selepas menemuinya di salah satu kafe siber ‘Mineski’.” katanya kepada  Harian Metro.

Dia berlari anak kerana tidak mahu kucing yang baru dibersihkannya itu menyentuh bajunya.

“Dalam perjalanan pulang, salah seekor daripada kucing saya terkencing jadi saya perlu membasuh mereka.”

“Pada mulanya saya perasan kehadiran anggota polis dan tentera tetapi tidak menyangka ada kru berita sedang membuat laporan di situ.” katanya.

Seterusnya beliau mengakui dia jenis yang cepat gemuruh apabila melihat kehadiran polis.

“Saya adalah jenis seorang yang akan pura-pura tidur kalau ada sekatan jalan raya walaupun bukan saya yang memandu.”

“Memang sejak dari dulu kalau ternampak polis atau tentera, saya akan menjadi takut dan gemuruh.”

“Dah macam kebiasaan bagi saya walaupun saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.” katanya lagi.

Beliau juga terkejut apabila dimaklumkan ibunya bahawa dia sedang viral.

“Tiba-tiba ibu hubungi saya memberitahu nampak kelibat gadis dalam berita sama seperti saya. Saya tak sempat nak tengok.”

“Keesokan harinya rakan saya hantar kiriman video yang tular itu. Waktu itu ramai yang tanya apa yang terjadi sebenarnya. Nampak macam pencuri.”