‘Saya Pun Tak Ingin Bermain Di Bawah Coach Ini Lagi’ – Bergwijn Respon Kenyataan Koeman

Steven Bergwijn ternyata kecewa dengan Ronaldo Koeman dan bertekad tidak mahu bermain untuk pengurus itu lagi. Ini selepas komen Koeman tentang perpindahannya ke Arab Saudi.

Koeman mengecam  tindakan Bergwijn  menerima tawaran dari Arab Saudi. Ronald Koeman menjelaskan itulah sebab utama pemain itu diketepikan daripada skuad Belanda untuk Liga Negara-Negara.

Bergwijn adalah kehilangan mengejut daripada skuad Koeman untuk perlawanan akan datang dalam Liga Negara-Negara 2024/25. Ini kerana dia telah menjadi pemain penting Koeman sejak pengurus itu mengendalikan Belanda.

Bergwijn menyertai Al Ittihad dari Ajax dalam jendela perpindahan lalu. Menurut Koeman tindakan itu menggambarkan pemain tersebut tidak ada cita citak kesukanan dalam diri pemain. Dan dia tak layak untuk bermain untuk Belanda.

Meninggalkan liga di Eropah untuk liga di Arab Saudi dianggap satu downgrade yang sangat teruk untuk pemain seperti Bergwijn menurut Koeman.

“Apabila dia memutuskan untuk ke Arab Saudi, maka buku oren sudah tertutup untuknya, saya kekal dengan pendirian saya” rumus pengurus itu dengan tegas.

Ditanya tentang bagaimana pula dengan Gini Wijnaldum yang sebelum ini turut bermain di Arab Saudi namun tetap dipanggil untuk Belanda. Koeman menjelaskan: “Biar betul kamu nak bandingkan situasi tersebut? Ianya tidak sama, dan saya tak rasa kamu harus membandingkan dua situasi tersebut.

“Gini ke sana kerana situasi dia di PSG yang mendesak, dan dia terpaksa ke sana, lagipun ketika dia pergi ke Arab Saudi, usianya sudah jauh lebih tua berbanding Bergwijn sekarang. Dalam kes Steven Bergwijn, dia baru 26 tahun. Dia tidak menunjukkan cita cita kesukanan dalam dirinya. Inilah perkara utama di sini,” tegas pengurus itu.

Koeman juga menyatakan bahawa dia dan Bergwijn tidak perlu bercakap atau berunding. Kerana prinsipnya tetap sama, pemain yang pergi ke liga dianggap tidak setaraf dengan liga di Eropah, mereka akan disisihkan daripada skuad kebangsaan.

Lagipun Koeman yakin Bergwijn sendiri dah tahu apa jawapan pengurus itu jika dia cuba bercakap tentangnya.

“Dia dah tahu jawapan saya, jika dia tanya. Pada usia dia, sepatutnya dia tidak mengambil haluan tersebut. Namun saya tetap menghormati keputusannya mahu ke Arab Saudi,” Ronald Koeman berkata kepada wartawan.

Steven Bergwijn telah membuat 35 penampilan untuk pasukan kebangsaan Belanda, menjaringkan lapan gol dalam proses itu antara pemain konsisten cemerlang di bawah Koeman.

Pada hari Jumaat, Bergwijn membalas dengan tidak berlapik terhadap  kenyataan bekas pengurusnya, mengkritik cara dia menangani situasi itu dengan bercakap kepada media sebelum menghubungi pemain itu sendiri.

Menurut Bergwijn dia menerima kalau itu alasan dia tak dipilih. Namun cara Koeman bercakap di hadapan media dianggap agak keterlaluan apabila dia menuduh pemain itu seorang yang tiada cita cita dalam bola sepak.

Sebaiknya Koeman telefon sahaja beliau menjelaskan keadaan tersebut. Bergwijn menganggap Koeman pengurus yang tidak profesional. Dia tak percaya Koeman bertindak begitu sedangkan mereka pernah berkongsi detik indah bersama sama.

“Saya tidak mahu bermain untuk pengurus ini lagi,” kata Bergwijn kepada akhbar Belanda De Telegraaf.

“Saya tidak akan bermain untuk seseorang yang menggambarkan saya seperti yang dia lakukan di media. Dia boleh menghubungi saya, mendengar cerita saya. Bagaimana dia boleh berkata sedemikian tanpa bercakap dengan saya?

“Jika dia menjadi jurulatih kebangsaan yang komited, dia akan menghubungi saya terlebih dahulu. Sekarang saya terpaksa mendengarnya dari TV. Saya juga pernah mengalami banyak detik indah bersama jurulatih kebangsaan, tetapi saya kecewa dengannya.

“Saya sentiasa menganggap satu penghormatan untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda. Tetapi di bawah jurulatih kebangsaan ini, saya tidak mahu lagi berbuat demikian.”