Mikel Arteta akui pasukannya masih kekurangan kualiti di beberapa bahagian kerana isu kecederaan.
Namun Arteta menegaskan bahawa dia tidak pasti kalau Arsenal akan membeli pemain baharu pada Januari. Ini kerana dia masih berpuas hati dengan kualiti skuadnya yang sedia ada.
Ini kerana ianya di luar kawalan beliau – menurut pengurus itu sendiri – selepas pasukannya disingkirkan Man United daripada Piala FA.
Ramai yang mencadangkan agar Arsenal mendapatkan sekurang kurangnya seorang penyerang berkualiti. Kerana mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Kai Havertz atau Gabriel Jesus sebagai penggempur utama.
Arsenal turut kehilangan Bukayo Saka yang cedera. Pemain yang mengisi posisi Saka, Ethan Nwaneri juga cedera.
Dalam 11 jendela perpindahan Arteta sebagai pengurus, dia telah menandatangani 17 pemain pertahanan dan hanya 6 pemain serangan.
Namun Arteta menyatakan dia masih yakin dengan kualiti Kai Havertz dan pemain yang sedia ada, dan menegaskan dia sangat sukakan pemain tersebut.
Mikel Arteta insists that a decision to buy a new forward is 'out of his hands' despite Gabriel Jesus' injury 🔴 pic.twitter.com/wi0usVx7Jq
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 13, 2025
Arteta enggan menyalahkan Kai Havertz yang dianggap telah melepaskan beberapa peluang keemasan dan gagal menyempurnakan penaltinya.
Arteta menyatakan dia cuma fokus kepada pemain yang dia ada daripada memikirkan soal membeli pemain baharu. Yang jelas perkara itu di luar bidang kuasanya pada masa ini.
Arteta berkata: “Tak, maksud saya, kami gagal dalam banyak cara, daripada situasi berbeza. Saya faham maksud kamu, namun, dengan sini semua, untu dia [Havertz] saya sangat sayangkannya, begitu juga pemain lain, saya sangat sayangkan pemain saya.
“Saya sukakan mereka, kita semua sukakan apa yang mereka telah lakukan sebagai satu pasukan, mereka memberikan keseronokan.
Arteta defends Havertz after Utd loss: 'I love him'
Mikel Arteta defended Kai Havertz and his Arsenal players after a wasteful FA Cup exit at the hands of Manchester United.https://t.co/fIeOX5L65k
— ESPN Soccer (@ESPNsoccer) January 13, 2025
“Apa yang pasukan ini hasilkan dalam setiap tiga hari sangat luar biasa, tidak kira apa yang berlau. Saya tak akan terlepas pandang perkara itu hanya kerana beberapa keputusan yang kami tak berhak terima dalam satu dua perlawanan.
“Kami boleh melakukan lebih baik. Ayuh lakukannya. Ianya sukar untuk mencapainya. Ianya melibatkan emosi. Ianya sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan juga. Ianya sangat sukar untuk meminta sesuatu yang lain daripada pemain pemain kami.
“Saya faham soalan tentang perpindahan. Namun saya juga sangat sayangkan pemain saya. Saya fokus dengan pemain yang kami ada untuk bermain di tahap tertinggi. Itu sahaja, yang lain itu bukan berada di tangan kami, [atau] di tangan saya,” kata Arteta yang sebelum ini pernah membayangkan bahawa Arsenal akan membeli pemain baharu.
Peminat Arsenal mulai memberikan amaran kepada Arteta, kesetiaan yang melampau dia kepada beberapa pemain boleh memakan dirinya. Ramai yang mendesak dia menggunakan kesempatan ini untuk meminta dana menandatangani pemain baharu.
Ini kerana musim Arsenal masih lagi panjang. Mereka masih bersaing di EPL, UCL dan masih ada harapan bangkit dalam Piala Carabao.