Andrea Pirlo menangis ketika dia mengetahui dia harus meninggalkan AC Milan. Ramai peminat menggelarnya pengkhianat ketika dia menyertai Juventus.
Namun sebenarnya, ada kisah kenapa dia terpaksa meninggalkan AC Milan.
Pirlo selama ini sangat setia dengan AC Milan. Dia dijanjikan kontrak jangka panjang oleh AC Milan apabila kontrak semasanya pada masa itu tamat.
Pirlo mendapat banyak tawaran daripada kelab lain. Namun dia kecewa akhirnya apabila Allegri pada masa itu menegaskan dia mahukan pemain lebih muda bermain di peranan Pirlo.
Ketika dia menagih janji Milan yang mahu memberikannya kontrak lebih daripada setahun, dia diberitahu oleh AC Milan sudah terlalu tua untuk mendapat kontrak lebih lama.
Ramai peminat Milan kecewa pada hari Pirlo mengumumkan dia meninggalkan Milan demi perpindahan ke Juventus pada usianya 32 tahun, selepas gagal mencapai persetujuan dengan kelab mengenai kontrak baharu.
Pirlo tanpa sebarang keraguan adalah sebab utama Juventus memenangi beberapa Scudetto mereka pada masa itu, memberi inspirasi kepada Juventus.
Pirlo malah cemerlang bersama skuad kebangsaan Itali. Dianggap menikmati salah satu fasa terbaik di dalam kariernya.
AC Milan chose not to renew Andrea Pirlo's contract in 2011 because they thought he was too old. He was 32.
Pirlo then signed for Juventus on a free transfer and won Serie A Player of the Year for three seasons in a row. A record still unmatched today.
Class is permanent. ❤️ pic.twitter.com/AdXTy6miiu
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 10, 2023
Sedangkan AC Milan pula bergelut dengan banyak perkara termasuk prestasi tak menentu di atas padang serta masalah kewangan kerana berbelanja terlalu besar.
Pirlo mendedahkan: “Milan menawarkan saya lanjutan 1 tahun tetapi saya mahukan 3 tahun kerana saya lebih muda daripada pemain lain yang kontraknya akan tamat,” kata Pirlo kepada La Gazzetta dello Sport pada 2011.
“Tetapi sebab sebenar mengapa saya meninggalkan Milan adalah kerana Allegri mahu menggunakan Ambrosini dan Van Bommel di hadapan pertahanan.”
2011: Andrea Pirlo left Milan as they said he was too old
2015: Andrea Pirlo has won 7 trophies. Milan have won 0 pic.twitter.com/tbboy8z7sI
— pl out of context (@unluckyfootie) May 21, 2015
“Jadi itu bermakna saya terpaksa menukar posisi dan peranan saya di atas padang. Jadi saya berkata ‘Tidak, terima kasih’ kepada Milan, dan memilih Juve.”
“Milan memutuskan bahawa saya tidak lagi berguna kepada mereka kerana sudah terlalu tua. Saya faham itu serta-merta semasa pertemuan kami.”
“Allegri mahu menggunakan pemain lain dalam kedudukan saya. Semasa musim yang panjang masalah kecederaan boleh berlaku, tetapi saya percaya bahawa mereka harus mengubah sesuatu dalam persiapan di Milanello.”
“Pada musim ini, ramai bekas rakan sepasukan saya berkata bahawa mereka dapat merasakan ketiadaan saya, tetapi saya gembira dengan keputusan saya [menyertai Juve]. ”
“Saya menang. Ketika saya berada di majlis perkahwinan Buffon pada Jun tahun lalu, orang bertanya sama ada saya gila kerana saya telah meninggalkan Milan,” sambungnya.
“Saya kemudian menjawab bahawa apabila saya memutuskan untuk menyertai kelab lain, saya melakukannya kerana saya mahu menang.”
“Dan saya juga berkata bahawa kita akan memenangi Scudetto. Dan sekarang orang-orang itu berterima kasih kepada saya, kerana mereka pergi dan meletakkan wang kepada kami untuk memenangi Scudetto.”
“Hampir semua bekas rakan sepasukan saya di Milan mengucapkan tahniah kepada saya kerana memenangi Scudetto.”
Pirlo bukan satu-satunya yang mempunyai masalah dengan Allegri pada masa itu.
Clarence Seedorf juga menyusul meninggalkan Milan juga kerana tidak sehaluan dengan jurulatih. Mathieu Flamini, Alexandre Pato dan pemain lain juga mengakui kekurangan komunikasi dengan Allegri.