Scaloni Arahkan Messi, Di Maria Dan Otamendi Bercuti Bersama Keluarga

Pengurus pasukan kebangsaan Argentina, Lionel Scaloni menyatakan bahawa dia telah memberikan cuti khas kepada 3 pemain iaitu Lionel Messi, Angel Di Maria dan juga Nicolas Otamendi.

Menurut Scaloni, 3 pemain itu berhak mendapat cuti kerana beraksi terlalu banyak minit permainan di kelab masing masing musim ini.

Lautaro Martinez memang tidak dapat hadir dalam sesi hari FIFA kali ini. Mereka turut memberikan rehat kepada Julian Alvarez sebelum ini.

Pemain itu dijangka akan sedia untuk memperkuatkan Argentina ketika menentang Indonesia.

Bercakap kepada wartawan selepas aksi menentang Australia, Scaloni menyatakan bahawa keputusan untuk memberikan cuti kepada 3 bintang veteran yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia itu adalah di tangannya.

Wartawan terkemuka Roy Neymer turut menegaskan bahawa ketiadaan 3 pemain itu dalam tugasan di Stadium Bung Karno.

3 pemain tersebut tidak pernah sesekali meminta cuti rehat daripadanya. Walaupun rata rata pemain kurang senang dengan kalendar antarabangsa FIFA kali ini yang dianggap agak membebankan.

Scaloni berkata:

“Messi, Ota [Otamendi], Di Maria tidak pernah meminta untuk berehat menentang Indonesia. Namun itu keputusan saya untuk memberikan mereka cuti rehat. Agar mereka boleh berehat bersama keluarga.”

Lionel Messi terutamanya, pemain itu baru berpindah ke Miami di Amerika Syarikat. Dia sedang menguruskan banyak perkara tentang keluarganya.

Dalam wawancara sebelum ini dalam sebuah podcast, Messi menegaskan dia berpindah ke Miami kali ini dengan belajar daripada pengalaman lalu.

Sebelum ini dia kurang bijak menguruskan isu tersebut sehinggakan anaknya terlepas sesi persekolahan bebeberapa minggu dan terpaksa duduk di dalam hotel di Paris untuk berminggu lamanya.

Messi dan isterinya kali ini sudah merancang sebaiknya ketika berpindah ke Miami.

Namun masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Tanpa kehadiran 3 pemain senior itu bukan satu masalah bagi Scaloni. Kerana pengurus itu memang merancang mahu memberikan peluang sebanyak mungkin kepada setiap pemain untuk menyerlahkan diri mereka.

Ini sebagai persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2026 akan datang.

Scaloni berkata: “Akan ada beberapa perubahan seperti yang kami telah rancang.”

“Kami akan cuba memberikan peluang kepada setiap pemain untuk menunjukkan kualiti mereka. Kerana mereka berhak mendapatkannya.”

Kenyataan itu adalah bayangan jelas bahawa Scaloni akan membuat perubahan besar besaran dalam aksi berdepan Indonesia selepas menurunkan kesebelasan terkuatnya dalam aksi menentang Australia di China.

Ketiadaan Messi pastinya membuatkan peminat Indonesia sedikit terkilan. Kerana dia adalah tarikan utama dalam perlawanan kali ini.

Di Instagram Messi, diserbu dengan komen merayu pemain itu untuk beraksi.

Malah beberapa minggu lalu, Ketua Umum PSSI, Erick Thohir menyatakan salah satu sebab PSSI membayar USD5 juta atau sekitar RM23 juta untuk membawa Argentina ke negara itu kerana adanya pemain seperti Messi bersama pasukan juara dunia.

Erick Thohir mendedahkan, mereka tidak rugi apa apa malah untung besar, ada ler..

PSSI menjangkakan mereka akan mendapat RM80 juta daripada perlawanan tersebut.

Tiket perlawanan dijual dengan harga bermula RM184 sehingga RM1,305 dalam stadium berkapasiti 60,000 itu.

Selain daripada kutipan tiket, PSSI juga boleh manguat keuntungan daripada tajaan serta hak penyiaran.

Banyak syarikat berebut rebut mahu memaparkan produk mereka pada hari perlawanan ini kelak. Tidak kira pada papan iklan stadium atau di mana sahaja.

Daripada kutipan itu kelak Erick Thohir merancang untuk melaburkan semula wang itu pada pembangunan bola sepak Indonesia termasuk melabur dalam staf kejurulatihan berkelas dunia di semua peringkat.

Dalam sidang media yang sama Erick Thohir yakin sambutan ke atas perlawanan ini akan mengalahkan populariti Coldplay.

Erick berkata: “Saya rasa ini akan lebih meletup daripada Coldplay. Di mana Coldplay boleh datang lagi ke Indonesia dalam beberapa tahun akan datang. Namun untuk pasukan Argentina datang ke Indonesia sekali lagi, ianya mungkin hanya berlaku dalam 20-30 tahun lagi selepas ini.”