Scammer Guna ‘Rug Pull’ Larikan RM8.71J Daripada Pelabur Matawang Kripto Squid Game

Gara gara melabur dalam matawang kripto Squid Game, pelabur menanggung kerugian besar. Ini selepas scammer membawa lari duti pelabar dalam scam yang digelar projek rug pull.

Rug pull adalah scam di mana scammer akan mengumpan pelabur melabur lebih banyak dalam skim mereka dengan memancing diorang dengan keuntungan awal.

Selepas itu, wang wang yang dilaburkan ini akan dilarikan dan scammer akan terus menutup sistem. Mirip kepada scam like dan share kat facebook sebelum ni.

Diinspirasikan daripada siri no.1 Netflix iaitu Squid Game, satu matawang digital bernama Squid dilancarkan minggu lalu. Dan nilainya meningkat naik sehingga 25,000% dalam masa 7 hari.

Ramai yang tertarik dan melabur dengan jumlah wang yang banyak,

Pada kemuncaknya, harga Squid melonjak ke paras $2,861, sebelum ia tiba tiba merudum kepada $0 pada 1 November.

Pada awalnya ramai pelabur menganggap sistem mungkin tergendala sementara kerana terlalu ramai yang melabur. Ayat penyedap hati la tu.

Namun ternyata ianya memang satu skim penipuan rug pull.

Dilaporkan orang yang tak dikenali yang mencipta skim itu berjaya merembat $2.1 juta daripada pelabur. Dia kemudian memadamkan website yang dia kendalikan dan menutup kesemua media sosial yang berkaitan dengan skim tersebut.

Gizmodo melaporkan bahawa sangat sukar untuk mencari siapa dalang scammer ini.

Pelabur diberitahu bahawa, semakin tinggi mereka melabur semakin tinggi bahagian keuntungan yang mereka akan dapat. Pelabur turut dikenakan bayarang 10% untuk perkhidmatan yang akan menjadi pemilik penyelia pelaburan. Dan 90% keuntungan lagi akan menjadi milik pelabur sepenuhnya.

Pada awalnya ramai yang mendapat keuntungan mereka. Dan ini yang membuatkan mereka mempengaruhi pelabur lain untuk datang melabur dan ada yang all in dalam pelaburan kali ini. Percaya bahawa Squid akan menjadi matawang kripto yang menguntungkan dan no.1 sebagaimana drama Squid Game di Netflix.

Saksikan detik matawang kripto ini turun sampai ke 0%

 

Sumber: Unilad

Baca yang lain