Schalke Pencetus Total Football Di Jerman Yang Kini Sedang Menuju Ke Liga Amatur Kerana Hutang

Kelab yang ikonik di Jerman, Schalke 04 kini diambang muflis. Mereka kini berdepan dengan beban hutang €165 juta.

Hutang sebanyak itu agak tinggi untuk ditanggung oleh sebuah kelab yang kini beraksi di divisyen kedua.

Ketika ini mereka berada di kedudukan ke-15 dalam carta 2.Bundesliga. Dan jika mereka tersingkir ke divisyen ketiga musim hadapan, mereka tidak akan dapat lesen untuk bermain di div.3.

Ini kerana beban hutang tersebut terlalu tinggi. Bermakna mereka harus bermain di liga amatur di Jerman.

Isu salah tadbir kewangan di Schalke benar benar mengejukan ramai. Mereka kelab yang mengeluarkan ramai pemain berbakat sejak dari dulu.

Bagi peminat otai mereka akan ingat dengan nama seperti Kevin Kuranyi, Farfan, Ivan Rakitic yang pernah membentu era yang diingati di Schalke.

Namun beberapa tahun lalu, mereka gagal untuk berurusan lebih baik dalam kontrak pemain membuatkan kelab itu dalam masalah.

Mereka adalah kelab yang tidak mahu atau tidak cekap dalam bermain moneyball. Suka melihat pemain kekal sehingga kontrak habis.

Sedangkan mereka bukanlah kelab besar seperti Real Madrid, atau Manchester United mahupun Bayern Munich yang memiliki sumber kewangan besar.

Misalnya Joel Matip anatara pemain yang mereka lepaskan secara percuma walaupun masih di kemuncak prestasi. Menjadi pertahanan terbaik Bundesliga pada musim tersebut.

Dejavu berlaku apabila Sead Kolasinac yang menjadi antara pemain terbaik Bundesliga telah dilepaskan secara percuma pula musim berikutnya.

Schalke sepatutnya menjual pemain mereka yang mereka gagal lanjutkan kontrak. Biasanya kegagalan melanjutkan kontrak ini kerana isu permintaan gaji.

Ada pemain pula dijual pada harga panik. Misalnya Leon Goretzka hanya dilepaskn ke Bayern dengan percuma. Setelah pemain itu menangguhkan lanjutan kontraknya. Dengan kelab masih percaya dia akan kekal.

Omar Chaudhuri, pakar analisis perpindahan Eropah membandingkan Schalke dengan Liverpool yang melepaskan Coutinho walaupun pemain itu ketika itu masih ada baki kontrak panjang pada masa itu.

Namun kelab menilai pemain tersebut telah menerima dibida dengan harga sangat tinggi dan boleh memberikan manfaat kepada kelab dari segi FFP. Coutinho sendiri sudah menunjukkan minatnya untu ke Barca.

Liverpool menjual pemain itu dengan nilai £142 juta.

Sejak beberapa tahun lalu, inilah senarai kesebelasan utama ‘dilepaskan percuma’ oleh Schalke. Dengan nilai perpindahan semasa pemain ketika mereka berpindah diletakkan oleh Transfermarkt.

Schalke dianggap kelab nama besar di Jerman. Dan antara kelab yang legend di Eropah. Mereka digelar gedung bakat di Jerman.

Schalke dianggap pasukan pengasas permainan permainan hantaran pendek ala total football di Jerman pada 1930-an. Gaya permainan yang signifikan dengan Ajx dan Barcelona.

Namun hancur kerana pengurusan mereka ditadbir oleh mereka yang tidak berguna dan tidak kompeten dalam mengimbangi aspek bola sepak dan perniagaan.

Pada 2017, mereka menjadi kelab ke-14 terkaya di dunia menurut Deloitte Money League.

Pada 2018, mereka melantik pengurus yang sangat bagus iaitu Domenico Tedesco yang membantu untuk mengembangkan bakat bakat muda di kelab itu.

Pada 2017/18 mereka menamatkan musim sebagai naib juara Bundesliga.

Dan Squawka menyenaraikan kesebelasan terbaik Schalke dalam beberapa dekad ini, yang mereka jual atau lepaskan ke kelab lain.