Schmeichel Anggap Suasana Di Etihad Mati Dan Membosankan

Bekas penjaga gol Manchester City, Peter Schmeichel mengkritik atmosfera di Stadium Etihad ketika aksi antara City dan Inter pada aksi Liga Juara Juara Eropah.

Di mana menurutnya, ‘tiada atmosfera’ di stadium itu dan yang kedengaran lebih bising adalah penyokong Inter yang bertandang dari Itali.

Schmeichel kecewa dengan suasana sunyi daripada peminat Man City. Yang dianggap tidak membantu pasukan mereka langsung.

Aksi Manchester City dan Inter Milan kali ini adalah aksi ulangan final 2023. Juara bertahan Serie A itu bertemu juara bertahan Liga Perdana Inggeris. Perlawanan kali ini terikat seri tanpa jaringan.

Man City bimbingan Pep Guardiola dianggap pasukan pilihan untuk meraih 3 mata. Setelah permulaan sempurna dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pundit CBS, Henry, Carragher dan juga bekas pertahanan City, Micah Richards mahu tahu apa perasaan Schmeichel ketika berada di Etihad.

Dia berkata: “Saya tak anggap ini keputusan seri yang bagus. Ianya perlawanan yang benar benar membosankan. Suasana di sini mati. Atmosfera di Etihad benar benar mati.

“Hanya suara daripada peminat Inter yang saya dengar di sini. Mereka benar benar bagus. Tiada atmosfera di Etihad hari ini. Biasanya kamu memikirkan tentang malam eropah yang besar. Namun hari ini tidak wujud.”

Micah Richards mempertahankan atmosfera di Etihad. Menyatakan dia seronok mendengar suasana bingit pada aksi Sabtu lalu menentang Brentford.

Schmeichel kemudian berseloroh membalas: “Mungkin mereka tertinggal atmosfera itu Sabtu lalu. Jujur, hari ini sangat sunyi.”

Peminat Man City mungkin simpan kuku untuk aksi hujung minggu ini ketika mereka melayan kunjungan Arsenal dalam aksi EPL.