Schmeichel Anggap Tindakan Arteta Dapatkan David Raya Sebagai Tak Bermanfaat

Penjaga gol legenda, Peter Schmeichel tidak faham dengan strategi rekrut pemain Arsenal di bawah Mikel Arteta.

Ini selepas Arsenal dilaporkan dalam proses akhir untuk memterai perjanjian mendapatkan David Raya.

Arsenal dilaporkan akan meminjam David Raya dengan bayaran £3 juta dan klausa beli tetap £27 juta selepas tamat tempoh pinjamannya.

Ini akan membuatkan Arsenal memiliki 2 penjaga gol yang berkualiti ‘1st keeper’ dalam pasukan mereka.

Malah ada yang merasakan bahawa Raya dibawa masuk untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal. Menurut mereka mustahil Arsenal membayar £30 juta untuk menjadikan dia sekadar penjaga gol simpanan.

Ramai yang menganggap penandatanganan David Raya akan meningkatkan lagi kualiti penjaga gol Arsenal kerana persaingan 2 penjaga gol hebat.

Namun Peter Schmeichel tak setuju dengannya. Menurutnya, itu akan memberikan masalah lain kepada posisi itu. Menurut beliau, penjaga gol adalah satu satunya posisi di mana pengurus mahukan ia benar benar stabil untuk seorang penjaga gol utama dan tidak mengalu alukan persaingan untuk merebut tempat sebagai no.1.

Schmeichel berkata: “Saya benar benar tidak memahaminya. Saya tak boleh nak hadam bagaimana seorang pengurus boleh membuat kesimpulan bahawa, ianya perkara yang hebat untuk memiliki persaingan bagi jersi no.1.”

“Posisi penjaga gol sangat reaktif. Kamu tak boleh buat perkara ikut kehendak sendiri, kamu harus menunggu sesuatu berlaku.”

“Sekarang kamu menuntut penjaga gol kamu untuk buktikan bahawa dia lebih bagus daripada yang satu lagi?”

“Itu bermakna dia harus melakukan gaya permainannya sendiri dan kamu [pengurus] pastinya tidak mahu dia melakukannya.”

“Penjaga gol adalah satu satunya posisi di atas padang yang kamu mahukan ia stabil [dengan seorang penjaga gol utama].”

 

Schmeichel yakin kehadiran David Raya akan memberikan impak kepada prestasi Ramsdale selepas ini. Di mana selepas ini penjaga gol akan terlalu takut untuk membuat kesilapan.

Walaupun dia memahami bahawa dalam bola sepak moden, posisi penjaga gol juga dianggap perlukan persaingan namun legenda Denmark dan Man United itu tetap berpegang kepada prinsip bahawa memiliki seorang sahaja penjaga gol no.1 sudah memadai.

Misalnya dahulu England ada 2 penjaga gol yang diiktiraf pengurus mereka sebagai no.1 dan digilirkan iaitu Peter Shilton dan Ray Clemence, ternyata ianya seringkali tidak menjadi.

“Apabila kamu ada persaingan, dia pun akan bermain ikut cara dia sendiri untuk posisi itu. Saya langsung tak faham. Apa yang kamu buat sekarang ini adalah meletakkan rasa ‘tidak selamat’ dalam diri penjaga gol itu.”

“Pada masa yang sama, kamu ada 2 pemain yang berebut posisi no.1, kamu juga sedang berpotensi sedang mencipta atmosfera yang tidak elok di dalam bilik persalinan kerana ianya persaingan secara langsung antara 2 pemain ini, di mana salah seorang harus bermain dan seorang lagi tak.”

“Semua orang melakukan kesilapan yang mencetuskan gol pihak lawan, pengurus akan berkata: ‘Tak mengapa, kamu masih no.1 untuk pasukan saya’. Kamu perlukan keyakinan seperti itu.”

“Jika tidak, kamu tak akan dapat menunjukkan prestasi 100% untuk pasukan.”

Baca yang lain