Penjaga gol legenda Man United, Peter Schmeichel menyatakan beliau sedih ketika satu nama yang disenaraikan Sir Alex Ferguson sebagai calon kapten masa depan kelab, telah dijual.
Sir Alex Ferguson memiliki deretan nama kapten legenda ketika di Mana United.
Daripada Bryan Robson, Eric Cantona, Roy Keane, Gary Neville, sehingga Nemanja Vidic. Ternyata bukan kaleng kaleng nama pemain yang berada dalam senarai Sir Alex Ferguson.
Salah seorang lagi pemain yang menurut Peter Schmeichel berada dalam senarai bakal kapten Man United ialah Jonny Evans.
Pemain tersebut kini bermain untuk Leicester City, yang merupakan pemain yang dikatakan sebagai kapten idaman Sir Alex Ferguson.
Hal itu disahkan sendiri oleh Peter Schmeichel.
Lantas Peter Schmeichel agak kecewa dengan keputusan kelab menjual Evans yang merupakan antara pemain kesayangan Sir Alex Ferguson.
Dipetik dari Metro UK, Schmeichel berkata: “Sir Alex Ferguson selalu melihat Jonny Evans sebagai kelibat kapten yang berikutnya yang akan memimpin Man United.”
“Evans bermain luar biasa di setiap aksi dan saya tahu bahawa dia memiliki rekod kecederaan yang agak kerap ketika bermain untuk Setan Merah.”
“Evans pemain yang memiliki jiwa pemimpin sejak lahir, dia mampu bercakap dan mengarahkan rakannya untuk bermain lebih baik.”
“Saya dapat melihat beliau sebagai nadi utama pertahanan Leicester City dan itu mampu membuatnya berkembang (sebagai bek tengah).”
Evans sebelum ini pernah menjadi buruan Man City dan Arsenal. Ketika itu ramai menganggap ia perkara tak masuk akal. Namun ternyata Guardiola dan Wenger juga melihat kualiti pemain itu di atas padang.
Pada 2017, Sir Alex Ferguson pernah menyatakan dia terkejut apabila Louis Van Gaal menjual Jonny Evans.
Ferguson was stunned when Van Gaal sold Evans, claims O'Neill https://t.co/Ao89TlzUV4 pic.twitter.com/qX1RHHLQXy
— Stadium Astro (@stadiumastro) June 24, 2017