Scholes: “Carrick Patut Dipecat Dan Berasa Malu”, Ini Jawapan Carrick Sendiri

Michael Carrick menjawab kritikan yang dilemparkan Paul Scholes ke atasnya. Di mana Scholes menyatakan bahawa staf kejurulatihan Ole seperti Carrick, Mike Phelan dan McKenna seharusnya dipecat.

Scholes turut mempersoalkan di mana maruah Carrick? Ketika Ole dipecat dan dia masih lagi berada di sana? Tidakkah Carrick rasa bersalah?

Scholes menambah: “Saya suka Michael dan saya fikir dia boleh menjadi pengurus yang baik pada masa hadapan. Tetapi Manchester United, mereka memerlukan yang terbaik dalam setiap posisi. Michael Carrick hanyalah kakitangan kejurulatihan, dan pengalaman pengurusannya masih jauh.”

Namun begitu, Carrick tenang menyatakan bahawa dia telah membuat keputusan yang tepat dengan menerima tawaran untuk terus kekal di United dan mengemudi pasukan tersebut sebagai pengurus sementara. Ianya bukan sebab Carrick tak tahu malu seperti didakwa Scholes.

Carrick berada di jawatan tersebut sementara menunggu pengurus interim sebenar akan masuk.

Carrick kemudian menyatakan bahawa dia mendapat panggilan daripada Ed Woodward dan selepas bercakap dengan naib pengerusi eksekutif kelab itu, Carrick memutuskan bahawa, keputusan terbaik buat masa ini adalah terus kekal bersama United dan kemudian menerima tawaran menjadi pengurus sementara.

Scholes sebelum ini berkata: “Mereka semua ni sahabat yang baik, orang yang baik baik belaka. Tetapi kalau saya menjadi mereka, saya akan rasa bersalah kerana masih bekerja di dalam kelab selepas Ole dipecat.”

Carrick menegaskan dia tidak tahu berapa lama dia akan menjadi pengurus sementara. Di mana kelab masih tidak mahu terburu buru dalam perlantikan tersebut.

Ada beberapa pertimbangan dan nama calon yang disenaraikan.

Selepas tamat aksi antara Manchester United dan Villarreal, Carrick menjawab kritikan Scholes ke atasnya. Di mana menurut Carrick, dia menerima jawatan itu selepas Ole sendiri turut mahukannya menggalas tugasan tersebut.

Ole menjadi individu pertama dihubunginya selepas tawaran Ed Woodward. Jadi Carrick harap Paul Scholes faham, bahawa, tidak ada sebab untuk dia berasa malu dengan Ole. Kerana Ole sendiri menyokongnya seperti yang disebut Ole dalam video perpisahannya dengan kelab tersebut.

Ole berkata: “Michael [Carrick] akan mengambil alih berdepan dengan Villareal. Saya sangat menghormati beliau dan meyayangi Michael.”

Ole kemudian berubah raut wajahnya. Di mana dia menangis ketika mengenangkan bahawa selepas ini beliau sudah tidak lagi berada di tepi padang.

“Saya dah jadi emosi pula sekarang ni, sebab dia seorang yang hebat.”

Ole kemudian yakin bahawa United akan melepasi peringkat kumpulan dan mara.

“Mereka akan baik baik sahaja. Saya akan menonton perlawanan mereka dan menyokong mereka.”

Ole sebab itu Carrick tidak rasa dia telah membuat perkara yang salah dalam menerima jawatan tersebut.

Carrick berkata: “Kemenangan hari ini bukannya penting untuk saya seorang secara peribadi. Ini kemenangan penting untuk kelab. Dan kemenangan ini juga seperti untuk Ole.”

“Kelab melalui hari hari yang emosional, orang pertama yang saya hubungi selepas tawaran daripada Ed Woodward ialah Ole. Saya rasa ini adalah perkara yang betul saya buat sekarang ini.”

Sebagai rekod, sebenarnya Michael Carrick, Kieran McKenna dan Mike Phelan baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan 3 tahun dengan kelab sebelum ini.

Jika Man United mahu memecat kesemua mereka, United perlu membayar angka yang besar selepas membayar GBP7 juta untuk pampasan Ole.

Baca yang lain