Scholes Iktiraf Foden Lebih Bagus Daripada Lampard Namun…

Paul Scholes mengiktiraf Phil Foden sebagai lebih bagus daripada Frank Lampard.

Foden menjadi watak utama dalam kemenangan bergaya Manchester City ke atas Man United baru baru ini di Etihad. City sempat ketinggalan 1 gol namun bangkit membalas dengan 3 gol.

Dua daripada gol City adalah menerusi Phil Foden yang menunjukkan kemampuannya melakukan teknik rembatan yang luar biasa.

Foden berjaya memastikan dia merampas perhatian media daripada seorang lagi bakat tempatan Manchester, Marcus Rashford yang menjaringkan wondergoal dalam perlawanan ini pada minit ke-8.

Foden melakukan 2 gol yang sangat cantik dan memukau untuk menewaskan Onana. Ini ditambah dengan mutu kawalan bola pemain itu yang kemas di kawasan pertahanan lawan.

Bercakap tentang aksi heroic Foden dalam perlawanan ini, Scholes berkata: “Dengar sini, dia pemain yang lebih bagus daripada Frank Lampard. Tapi jangan salah anggap tentang apa yang saya cakap ini.”

Scholes bagaimanapun memberitahu bahawa walaupun Lampard tidak sebagus Foden dari segi bakat bola sepak namun pemain itu berupaya menjaringkan gol yang membantu kelabnya menjadi juara liga dari tengah padang.

Scholes yakin Foden sedang berada di landasan terbaik untuk melakukan perkara yang sama di Man City.

“Namun Lampard adalah pemain yang menjaringkan gol untuk membantu kelabnya menjuarai liga, dia melakukannya dari tengah,” tambah legenda United itu lagi.

“Kamu mengharapkan pemain penyerang utama kamu untuk melakukannya. Haaland, kamu menjangkakan daripada nombor beliau, kamu jangkakannya daripada nombor Owen apabila pasukan melakukannya dengan baik.

“Namun dari perspektif seorang pemain tengah, kamu benar harus membimbing perlawanan ini dan berkata: ‘Baiklah saya akan membantu pasukan ini bangkit dalam perlawanan ini. Saya akan membantu kelab menjuarai liga. Saya akan memenangkan perlawanan ini.

“Saya rasa Frank Lampard pemain seperti itu. Dan saya rasa Phil Foden sedang menuju ke arah itu, pemain yang boleh menjaringkan banyak gol.

“Frank Lampard pemain yang membantu pasukannya menang liga kerana sumbangan dia di tengah, sumbangan ketika perlawanan besar. Dengan Phil Foden, saya rasa kita akan melihat perkara yang sama.”

Baca yang lain