Scholes: Liverpool Ini Sensasi Semata Dan Tidak Setanding Man City 2017/18

Paul Scholes yakin bahawa pasukan Liverpool mampu untuk mencipta kejayaan Treble musim ini.

Scholes menggambarkan apa yang Pasukan Liverpool lakukan setakat ini sebagai “Sekadar sensasi dan tidak lebih daripada itu.”

Pasukan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp kini sedang mendahului kedudukan Liga Perdana mengatasi pasukan Manchester City dengan perbezaan 22 mata, selepas meraih 24 kemenangan daripada 25 perlawanan.

Liverpool kini semakin menghampiri untuk menjulang Kejuaraan Liga Perdana mereka yang pertama sejak 30 tahun lalu.

Dalam masa sama, Skuad The Reds ini juga masih lagi beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Dengan corak persembahan yang ditunjukkan sekarang kelihatannya skuad Liverpool dipercayai mampu melakukan Treble musim ini dengan memenangi tiga kejuaraan itu.

Umumnya ramai yang Mengagumi kehebatan yang di tunjukkan oleh pasukan Liverpool musim ini.

Ferdinand antara lagenda pasukan United yang mengagumi kehebatan pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp ini.

Baru-baru ini seorang lagi lagenda pasukan United Paul Scholes, telah memberi pandangan jujurnya tentang pasukan Liverpool pada musim ini.

Scholes yang sebelum ini telah memperlekehkan kemenangan Liverpool yang memenangi FIFA Club World Cup kini muncul kembali untuk memberi pandangan tentang pasukan Liverpool.

Namun kali ini beliau tidak lagi mengkritik semberono seperti dulu, beliau kini lebih memberi pandangan dalam bentuk pujian kepada pasukan terhebat di dunia Liverpool.

Bukan mudah untuk kita lihat Lagenda dari pasukan Rival memuji ni. Tetapi hakikat bahawa Liverpool kini sememangnya berada di tahap terbaik tidak boleh di sangkal lagi.

Pasukan Liverpool dalam dua musim terakhir ini sangat-sangat phenomenal.

https://twitter.com/slimyyyyi/status/1228343523302428678?s=19

“Apa yang mereka lakukan setakat ini tidak lain adalah sensasi, mereka boleh pergi jauh dan memenangi treble, mereka boleh memenangi Liga Perdana dengan tanpa kalah.”

katanya kepada BBC Radio 5 Live.

“Liverpool jelas akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris, tetapi mereka akan menjadi juara di Sepanyol, juara di Itali, juara di Jerman. Mereka akan menjadi juara di mana-mana selepas 25 perlawanan, 24 kemenangan, satu seri.”

“Liverpool bukan hanya hebat, fenomenal, super hebat, jadi kita perlu menerimanya dan belajar dari itu.”

Walaupun beliau memuji pasukan Liverpool dibawah kendalian Jurgen Klopp dengan bertubi-tubi. Beliau masih percaya bahawa pemain pasukan Manchester City yang sebenarnya ‘berada di puncak aksi mereka’ lebih baik daripada pemain Liverpool sekarang.

Ketika ditanya adakah Liverpool lebih baik berbanding City pada musim 2017/18 ketika pasukan itu menang liga dengan 100 mata. Scholes menjawab

“Tidak, saya tidak fikir mereka lebih baik.”

“Saya masih berfikir pasukan Pep sentiasa bermain bola sepak yang lebih baik. Pasukan Liverpool hanya Sekadar melalukan kerja mereka sahaja.”

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Paul Scholes meremehkan kemenangan pasukan Liverpool menjuarai Club World Cup baru-baru ini dan bergurau trofi badmintonnya lebih penting kepadanya berbanding piala itu.

Liverpool memenangi trofi CWC itu di Qatar selepas mengalahkan Flamengo pada Sabtu Disember lalu. Scholes, yang pernah memenangi piala itu bersama Manchester United pada tahun 2008, tidak begitu kagum dengan kejayaan yang dilakukan oleh Liverpool.

“Anda hanya mahu memenanginya (Club World Cup) sebaik sahaja anda berada di sana tetapi saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang kami terdesak untuk menang.”

Kata Scholes memberitahu BBC 5 Live.

“Kini, jika seseorang bertanya kepada anda ‘Apa trofi yang anda menang selama bertahun-tahun?’  Saya tidak fikir kita akan menyebut Kejohanan Kelab Dunia. “

Dia juga bergurau bahawa trofi badminton yang dimenanginya di kelab tempatan lebih bermakna daripada kejayaan Piala Dunia yang beliau menang bersama ‘Red Devils’.

Agak ironi apabila pada musim 2017/18, Liverpool yang tak sepower hari ini – telah menang 3 daripada enam pertemuan dnegan  pasukan 100 mata Man City. Seri 2 kali dan hanya kalah sekali.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari