Pengurus Everton, Sean Dyche telah melancarkan kritikan dan amarahnya tentang handball yang diberikan terhadap pasukannya semasa kekalahan 3-1 mereka kepada Manchester City.
Bekas Cityzen, Jack Harrison memberikan Toffees pendahuluan sebelum Phil Foden menyamakan kedudukan untuk City.
Rembatan Nathan Ake kemudiannya dianggap telah terkena tangan Amadou Onana di dalam kawasan penalti menyebabkan pengadil John Brooks menunjuk ke tempat titik penalti.
Julian Alvarez menjaringkan gol daripada titik penalti, sebelum Bernardo Silva menambah gol ketiga untuk membantu pasukan Pep Guardiola naik ke empat teratas.
Bagaimanapun Dyche tidak begitu berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil dan telah menyatakan perasaan marahnya dengan jelas mengenai perkara itu.
Pengurus Everton itu menegaskan: “Kita boleh berdebat mengenai penalti sepanjang hari. Ia telah dibincangkan oleh pengurus dalam panggilan Zoom untuk mengatakan ia satu sandiwara tetapi itulah caranya.”
“Itu benar-benar semula jadi. Dia tidak mengangkat tangannya untuk menyelamatkannya, dia benar-benar melompat ke sana untuk cuba menyekat bola. Bagaimana situasi itu diberikan sebagai penalti adalah pelik dalam dunia saya tetapi saya mesti dari planet yang berbeza bukan.”
“Malam ini penjaga garisan memberikannya dan dia berada 18 ela jauhnya jadi saya tidak tahu apa lagi dia nak berikan.”
Does anybody know what a handball is anymore? 🤷♂️ pic.twitter.com/eXya1LQvZ0
— Football on TNT Sports (@footballontnt) December 27, 2023
“Siapa tahu? Semua pengurus sedang membahaskannya. Seseorang perlu berdiri pada satu ketika dan menyedari bahawa ia tidak boleh menjadi penalti kerana dia hanya melemparkan dirinya ke hadapan untuk cuba menghalang bola, itu sahaja.”
Bekas pengadil Mark Clattenberg bercakap dengan Amazon Prime mengenai keputusan itu dan mendedahkan: “Ia telah mengubah permainan, ia adalah keputusan yang besar. Apabila anda menyekat rembatan ke gawang dengan lengan yang dihulurkan walaupun dia cuba menghalang bola kerana ia adalah rembatan menunju ke gawang, maka di sinilah pengadil akan sentiasa melihat untuk menghukumnya sebagai penalti.”
“Adakah saya bersetuju dengannya? Saya tidak, tetapi kami telah membincangkan tentang tangan yang terkena bola selama bertahun-tahun dan kami masih tidak lagi maju ke hadapan untuk benar-benar bertambah baik, satu minggu ianya diberikan, satu minggu yang lain pula ia tidak dipertimbangkan bukan?”
“Setiap minggu kami membahaskannya dan pengadil hanya cuba menggunakan kriteria, undang-undang permainan. Jika pengadil tidak memberikan penalti itu dia akan dikritik juga. Undang-undang perlu diubah dan ia memerlukan jurulatih pemain dan pengadil untuk duduk semeja dan cuba mencari cara untuk memahami handball.”
Bekas pengurus Belgium dan Everton Roberto Martinez turut memberi reaksi terhadap keputusan itu dan berkata: “Bagi saya, ia bukan penalti sama sekali. Bagi saya, orang bola sepak tahu bahawa ia bukan penalti.”
“Cara City meraikannya untuk mendapatkan keputusan itu menceritakan kisah itu. Ia sesuatu yang perlu dikaji semula. Tetapi undang-undang adalah sesuatu yang tidak sepadan dengan permainan.”