Sebab Mark Noble Berikan Penalti Kepada Antonio Kerana RM1.36 Juta

Michail Antonio mendedahkan sebab sebenar Mark Noble memberikannya tugasan mengambil penalti di Old Trafford.

Ini kerana Michail Antonio musim ini sudah menjaringkan 9 gol. Cuma satu gol dibezakan daripada sasaran 10 gol.

Dalam kontrak Antonio yang ditandatangani pada 2017, beliau akan mendapat bonus prestasi jika menjaringkan 10 gol semusim.

Dan nilai bonus itu adalah £250,000 pound (RM1.36 juta) jika dia berjaya mencapai angka gol sedekad dalam semusim itu.

Ketika aksi di Old Trafford tempoh hari, Paul Pogba menampan bola dengan tangan dan memberikan penalti kepada West Ham.

Agak mengejutkan kerana yang tampil adalah Michail Antonio yang tak pernah mengambil penalti untuk West Ham.

Malah pengulas perlawanan turut kehairanan.

Namun ternyata, Mark Noble mahu membantu rakannya itu untuk mencapai sasaran 10 gol selepas beberapa musim gagal mencapainya.

“Saya dan Noble sudah berbincang dan beliau bertanya apakah sasaran saya untuk musim ini. Saya kata 10 gol dan ia adalah sasaran sejak lima tahun saya di sini.”

“Saya tidak pernah berjaya mencapainya – paling banyak sembilan gol – jadi dia kata jika kami mendapat penalti dalam dua perlawanan terakhir dia akan memberikannya kepada saya kerana saya sudah menjaringkan banyak gol penting.”

“Saya tidak percaya yang kami mendapat penalti, dan apabila mendapatnya, saya pun masih tidak percaya dia memberikannya kepada saya.
“Noble sudah pastinya akan kembali mengambil sepakan selepas ini, ini hanyalah semata-mata untuk saya mencapai angka ke-10,” kata Antonio.

Noble berani berbuat demikian kerana West Ham sudah sah kekal dalam EPL. Dan jika tidak, pastinya dia sedar itu satu kesalahan untuk ingkar arahan pasukan.

Prestasi Michail Antonio sejak liga perdana Inggeris bersambung semula memang sangat memberangsangkan.

 

Baca yang lain