GPSports merupakan antara jenama penting dalam dunia sukan. Di mana inovasi mereka telah membantu ramai atlet.
GPSports dikenali dengan produk jaket khas yang mirip kepada sports bra tetapi dilengkapi teknologi tinggi.
Menurut laman web GPSports itu, pada awalnya terdapat sedikit kesangsian oleh ramai pihak tentang relevannya produk mereka dan keraguan tentang data ketepatan dan analisis oleh ‘bra’ lelaki berteknologi tinggi yang beharga dari sehingga ke RM8,000 seunit.
Tapi sebenarnya banyak lagi jenama lain yang ada di pasaran. Persaingan harga itu memberikan manfaat kepada pengguna untuk membeli pada harga lebih mampu milik.
Peranan GP Sports
GPSports secara drastik telah mengubah parameter baru dalam program sukan dunia.
Jaket jenis tank-type top ini direka dengan pemasangan perantian teknologi tinggi untuk pengawasan data atlit. Data data yang direkod adalah penting dalam membantu atlet menguruskan masa mereka dan menyediakan diri mereka untuk perlawanan.
Ia membolehkan perancangan latihan mingguan difokuskan sama ada kepada kelajuan, kuasa (power) atau program dan aktiviti-aktiviti spesifik yang lain
Pernah suatu ketika peminat ragbi ketika perlawanan antara New South Wales dan Queensland terkejut dan rasa nak tergelak apabila melihat Trent Hodkinson yang membuka baju dan ada ‘bra’ di dalamnya. Ia mirip kepada bra sukan wanita yang dikeluarkan oleh syarikat seperti Adidas , Nike dan lain lain.
Namun selepas bertahun tahun produk tersebut diperkenalkan, semakin ramai faham akan kepentingannya dan sudah tak hairan lagi melihatnya.
Pengurus Jualan Antarabangsa GPSports, Damien Hawes, menerangkan: “Pada baju tersebut, ada peranti pengesanan kecil yang yang dipakai benar-benar ketat di bawah vest untuk mengukur dan menganalisis ‘keperluan’ permainan, dan data yang direkod boleh menjadi penanda aras untuk latihan dan juga protokol pemulihan dari kecederaan.”
Jaket mampat yang ada peranti pengesanan ini adalah jenis kedua, seperti yang pertama. Tetapi yang pertama ada tali ‘harnes’ yang menyebabkan iritasi dan ketidak selesaan di bawah ketiak.
Reka bentuk baru adalah lebih selesa. Walaupun pada awalnya pasaran utama bagi produk mereka adalah sekitar United Kingdom dan Australia, namun GPSports kemudian telah menjual unit pengesanan dengan jaket pemampatan ini kepada berberapa pasukan di seluruh dunia termasuk Seatle Seahawks NFL dan Chelsea Football Club di Premier League.
Kini teknologi mereka dipakai oleh hampir setiap pasukan elit eropah. Dan muncul semakin banyak lagi jenama lain yang menawarkan teknologi yang serupa.
Kelebihan Alat ini ialah :
Hasil rekod dan analisis teknologi yang dimasukkan ke dalam “bra” lelaki ini telah merevolusikan dunia atlet dan sukan dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli pasukan secara individu. Ia membantu untuk memaksimumkan prestasi dan juga mengurangkan kecederaan.
Berikut adalah beberapa manfaat daripadanya:
• Data Tepat kesan akibat kuantiti beban latihan, yanh membolehkan penilaian objektif matlamat pemain dalam satu musim. Ini seterusnya membawa kepada anggaran yang lebih baik untuk jangka masa pemulihan dan kitaran latihan.
• Membolehkan Jurulatih membuat perbandingan data di kalangan para pemain dalam latihan dan semasa perlawanan sebenar. Boleh memfokuskan kepada kekuatan dan kelemahan pemain melalui perubahan yang berlaku ketika dalam keadaan tenaga yang rendah.
• Kemampuan untuk mengenalpasti kadar kerja dan membolehkan perbandingan mudah berkaitan corak latihan untuk perlawanan serta intensiti, struktur latihan dan membantu jurulatih untuk lebih tahu akan keadaan pemain lebih mendalam.
• Alat pengesan ini turut berfungsi untuk meluaskan lagi pemahaman tentang tuntutan permainan. Kemampuannya untuk mengumpul data menjadikannya antara alat yang diperlukan dalam pembangunan sukan.
• Mengesan kadar degupan jantung yang penting untuk mengelakkan kes kes seperti serangan jantung kepada pemain ketika melakukan tugasan intensif.
Satu yang jelas ia telah menjadi salah satu inovasi yang digunakan semakin meluas. Dalam perlawanan pra musim kelab kelab eropah anda akan melihat vest ini digunakan dan data direkod serta dianalisis rapi.
Di Malaysia semakin banyak pasukan di negara kita memakainya.
Ia juga membantu untuk mengetahui sebenarnya latihan yang dilakukan sudah cukup dan pemain diberikan rehat bila mencecah par level. Alat dia macam power bank dan dihubungkan secara terus ke pangkalan data komputer.