Sebab Profiling Secara Rasis Punca Khabib Dihalau Daripada Penerbangan?

Petarung legenda UFC, Khabib Nurmagomedov kecewa dengan tindakan krew penerbangan yang menghalaunya daripada penerbangan hanya kerana dia ingkar arahan ketika diarahkan bertukar tempat duduk.

Dalam video yang tular itu, Khabib kelihatan kekal tenang berdepan dengan suasana yang memalukan dirinya itu.

Kejadian itu berlaku ketika penerbanhan mahu berlepas dari Harry Reid International Airport di Las Vegas.

Khabib menjelaskan bahawa insiden itu berlaku dalam pesawat Frontier Airlines. Legenda Dagestan itu mempersoalkan sama ada tindakan itu ada berkaitan dengan diskriminasi perkauman memandangkan dia seorang muslim mahupun sebab dia bercakap dalam bahasa Rusia?

Khabib mahukan penjelasan sama ada penerbangan tersebut ada profiling dari segi bangsa dalam penerbangan mereka dan mengenakan layanan berbeza?

Laporan lain menyebut bahawa seorang penumpang pesawat itu tidak gembira melihat Khabib Nurmagomedov berada di tempa duduk berdekatan dengan pintu kecemasan.

Dan dia meminta krew penerbangan meletakkan pemumpang lain di situ.

Khabib menulis di X: “Adakah ini semua berkaitan dengan bangsa, negara atau yang lain? Saya tidak pasti kenapa.

Dalam video itu jelas sekali krew penerbangan berkata: “Kami tidak boleh membenarkan kamu duduk di barisan pintu kecemasan. Saya tidak mahu bertelagah dengan kamu. Saya akan panggil penyelia saya.

“Kamu boleh duduk di tempat lain atau kami terpaksa iringi kamu keluar daripada pesawat ini.”

Khabib Nurmagomedov menjelaskan bahawa layanan itu tidak adil.

“Ini tidak adil. Ketika saya check in, mereka tanya saya [sama ada saya boleh berbahasa Inggeris], dan saya tahu bahasa Inggeris. Saya kata ya. Dan kenapa mereka buat begini dengan saya?

Khabib meminta netizen menilai sendiri video yang tular di mana dia boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dan dia kekal tenang dalamm situasi itu.

Khabib Nurmagomedov akur dan keluar daripada penerbangan. Dan terpaksa menunggu sejam setengah lagi untuk menaiki penerbangan yang lain.

Khabib sebenarnya kerap menggunakan penerbangan di Amerika Syarikat kerana seringkali menghadiri aksi MMA terutama sekali UFC melibatkan rakan dan juga teman sepelatih di gymnya,

Dia dipercayai ke California untuk acara UFC 311 yang berlangsung 18 Januari ini di Los Angeles, Nevada, AS.

Seorang netizen di X kecewa dengan layanan penerbangan tersebut dan berkata: “Kepada Frontier, kamu kenal tak orang yang kamu singkirkan itu adalah Khabib Nurmagomedov, dia adalah orang yang paling layak berada di pintu kecemasan berbanding dengan sesiapa sahaja penumpang kamu di situ.”

Yang lain turut bersetuju, menurut mereka, jika mereka satu penerbangan dengan Khabib Nurmagomedov mereka akan sangat gembira kalau dia yang berada di sebelah pintu kecemasan.

Sementara yang lain menuntut syarikat penerbangan tersebut memohon maaf kepada Khabib Nurmagomedov atau mereka membatalkan tempahan serta menuntut refund.

Ini bukan pertama kali syarikat ini buat hal. Sebelum ini pernah terkait skandal rasuah dan layanan berat sebelah kepada penumoang warga asing.

Netizen kagum dengan sikap Khabib yang kekal tenang. Walaupun dia merupakan bekas juara dunia UFC dengan rekod 29-0.

Seorang lagi percaya penumpang yang tidak percayakan Khabib itu jelas sekali kenal siapa legenda UFC itu dan dia ada isu dengan Khabib kerana petarung itu lantang menyokong Palestin. Mungkin sebab itu dia tidak percayakan Khabib berada di pintu kecemasan.