Ketika ramai pengurus lain di Eropah merasakan bahawa berpuasa memberikan semangat spiritual dan fizikal yang tersendiri kepada pemain pemain beragama Islam, lain pula ceritanya di St Etienne.
Ini selepas Pengurus Saint-Etienne, Pascal Dupraz dilaporkan telah menghalang para pemainnya yang beragama Islam dari berpuasa di bulan Ramadhan. Dia menganggap pemain yang berpuasa akan meletakkan kelab dalam risiko untuk tersingkir.
Beliau meminta anak-anak buahnya untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan selepas skuadnya berdepan kekalahan pada hujung minggu lalu dan berada di zon penyingkiran.
Pasukan dari saingan Ligue 1 itu pada ketika ini sedang bergelut untuk kekal beraksi di liga utama Perancis itu dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan ketiga tercorot.
Saint-Etienne Manager Pascal Dupraz has reportedly asked his Muslim players to stop fasting for Ramadan. pic.twitter.com/M0O9BSvX1v
— SPORTbible (@sportbible) April 16, 2022
Peluang mereka untuk kekal atau setidak-tidaknya dapat beraksi di pusingan play off sedikit terganggu selepas kekalahan memalukan 6-2 bertemu pasukan dasar liga, Lorient pada hujung minggu lalu.
Kekalahan itu menyebabkan skuad kendalian Dupraz itu berada empat mata di belakang seteru utama mereka itu, dan satu mata di belakang Clermont Foot yang berada di kedudukan ke-17.
Mereka kini perlu berusaha sehabis daya untuk mengelak dari berada di zon bahaya itu dengan saingan liga musim ini masih berbaki tujuh perlawanan.
Menurut sumber laporan dari L’Equipe, pengurus Saint-Etienne kini tampil menghalang para pemainnya yang beragama Islam dari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Selepas berdepan kekalahan memalukan pada minggu lalu, pengurus Saint-Etienne itu menyatakan bahawa:
Fasting restriction from Saint Etienne coach Pascal Dupraz to his players! https://t.co/yI2rnSk60s
— TakeToNews (@take_to_news) April 16, 2022
“Saya menjelaskan sebelum ini yang kekalahan itu tanggungjawab saya.”
Jelas pengurus itu kepada Amazon Prime Video.
“Tanggungjawab seorang pengurus adalah untuk mengingatkan pemain bahawa bola sepak penuh dengan rasa hormat.”
“Ketika kita mula lakukan apa kita lakukan, kamu tak boleh jadikan alasan lepas kita sudah mendahului 2-0. Kamu perlu hormat asas-asas dalam bola sepak, itu sangat penting dan itu lah apa yang kita tak mampu lakukan.”
“Ia adalah kesilapan bersama, silap kerana terlalu berbangga, sikap angkuh, dan sikap itu tak patut ada pada pemain bola sepak profesional.”
“Kita sekarang dalam perjalanan untuk tebus kesilapan, masih ada baki tujuh perlawanan dan apa saja berlaku, dengan keputusan lain, kita akan berada di zon penyingkiran selepas hari perlawanan ini.”
Saint-Étienne manager Pascal Dupraz has asked his Muslim players to stop fasting for Ramadan as the team looks to stave off relegation. (L'Éq)https://t.co/Fsg0jP4iMs
— Get French Football News (@GFFN) April 16, 2022
“Ia kegagalan, saya mengaku itu dan saya bertanggungjawab untuk itu. Dari segi tingkah laku kami, sikap kami, kami rasa terlalu cepat berlaku selepas kami mendahului 2-0. Sikap yang kami tunjukkan selepas mendahului adalah sikap yang tak sepatutnya ditunjukkan.”
Dupraz sebelum ini turut terbuka mengkritik pemainnya sendiri secara terbuka terutama ketua pasukan, Wahab Khazri dan beliau kononnya melakukan hal itu dalam usahanya untuk memastikan skuadnya terus kekal dalam saingan Ligue 1.
Walaubagaimanapun, dengan meminta pemainnya supaya berhenti berpuasa jelas sekali bukan langkah terbaik yang boleh dan sepatutnya beliau ambil dalam usahanya untuk membantu kelab mengelak dari tersingkir.
Ramai lagi pemain beragama Islam yang lain yang turut berpuasa dan masih kekal boleh memberikan aksi terbaik mereka.
Lihat saja Karim Benzema yang sebelum ini secara terbuka mendedahkan yang beliau gembira berpuasa dan hal itu sama sekali tidak mengganggu persembahan beliau.
European column is heading to France and Italy as @MarkOHaire goes in search of value ✅
"St Etienne have made improvements under Pascal Dupraz but last weekend’s 6-2 thrashing at Lorient raised doubts." 👀
𝗥𝗲𝗮𝗱 𝗺𝗼𝗿𝗲: https://t.co/ljIsuQ4XNP ✍️ pic.twitter.com/hw876KQ1Vp
— Matchbook Betting Exchange (@TeamMatchbook) April 14, 2022
Pemain penyerang Real Madrid itu berpuasa ketika turun beraksi bertemu Chelsea di Stamford Bridge sebelum ini, dengan beliau cemerlang mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut.
Di Jerman, pengadil perlawanan bahkan turut memberhentikan perlawanan bagi memberi ruang kepada pemain beragama Islam untuk berbuka Puasa. Malah ada pemain beragama Kristian membantu rakannya bagi memudahkan urusannya.
Ia jelas satu tindakan yang menghormati agama lain dan berpuasa sambil bermain bukanlah hal baru dalam dunia bola sepak.
Ramai pemain beragama Islam yang masih boleh beraksi cemerlang walau mereka ketika itu sedang berpuasa dan hal itu sememangnya pernah berlaku.
Selain itu Perancis merupakan negara Eropah yang memiliki ramai komuniti Islam dan terus berkembang.
Seorang peminat menyindir Dupraz dengan berkata: “Mereka ni termendap kat kedudukan ke-18 sewaktu pemain mereka makan setiap hari. Mungkin mereka memerlukan sokongan spiritual daripada bulan Ramadhan.”
They sitting in 18th position with their players eating everyday maybe they need the Ramadan for spiritual support
— Asteroid Z 🇯🇲 (@Ad3m___) April 16, 2022
Dupraz menimbulkan banyak polemik di kalangan peminat bola sepak. Ini kerana beliau seharusnya mencontohi beberapa kelab lain yang membuat kajian cara membantu pemain berpuasa dari segi nutrisi khas.
Mungkin Dupraz harus belajar dengan pengurus berkelas dunia seperti Klopp. Walaupun dalam kariernya dia banyak mengendalikan pemain Muslim, dia sangat menghormati hal berkaitan agama. Kerana menurut Klopp, ada banyak perkara lain di dalam kehidupan manusia ni lebih penting daripada bola sepak antaranya adalah isu melibatkan kerohanian dan keagamaan.
Malah dalam kariernya, Klopp memiliki banyak trofi ketika bersama Dortmund dan kini di Liverpool.
BACA ARTIKEL: Klopp Dedahkan Rasa Bangga Sebagai Satu Pasukan ‘Memberikan’ Dua Minit Untuk Pemain Islam Berdoa
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, dia bangga memiliki skuad dari pelbagai bangsa,agama dan budaya, termasuk pemain Muslim.
Variasi budaya memang menghiasi skuad Liverpool, mulai dari kumpulan pemain yang berasal dari Great Britain seperti Jordan Henderson hingga Andy Robertson.
Di samping itu, terdapat sekumpulan pemain dari Brazil, seperti Roberto Firmino, Alisson Becker dan Fabinho. Kemudian, ada juga kumpulan pemain dari Belanda, iaitu Virgil van Dijk, Georginio Wijnaldum, dan pemain pertahanan muda Sepp van den Berg – pada masa tu la.
Sementara itu, beberapa orang lagi pemain Liverpool lain beragama Islam, seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Naby Keita, hingga Xherdan Shaqiri.
Ketibaan Salah di Liverpool, ditambah dengan prestasi luar biasa yang ditunjukkannya, menjadikan nama The Reds semakin diminati di semenanjung Arab.
Ditanya sama ada Klopp mengawal rutin harian pemain, pengurus itu menyatakan dia langsung tak ada masalah dengan perkara itu.
Klopp malah gembira dan berbangga dengan pembentukan pelbagai budaya di Liverpool.
“Saya gembira kerana kami mempunyai banyak ‘Multi-Culti’. Saya boleh mengatakan [mempunyai] duta Muslim yang terbaik di dalam pasukan adalah sangat hebat, “kata Klopp dalam filem terbarunya berjudul The End of the Storm seperti yang dipetik oleh Goal International.
Jürgen Klopp | Our boss gives an insight on how he has integrated Mané’s & Salah’s routines before Matchday’s and after warmups.
What a guy ♥️⤵️ pic.twitter.com/XARdL6gIl1
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) December 5, 2020
Seterusnya, Klopp juga mendedahkan bagaimana kelabnya bertolak ansur dengan pemain Muslim ketika mereka harus melaksanakan kewajiban solat.
“Mereka yang beragama Islam sering mencuci badan mereka dalam keadaan tertentu.”
“Sebelum memanaskan badan, dan setelah memanaskan badan, ianya memerlukan masa. Oleh itu, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, “kata Klopp.
“Kami hanya mempunyai satu jam ketika kami tiba di stadium dan ketika kami kembali ke bilik persalinan setelah melakukan pemanasan untuk memberikan peluang melakukan ritual ini [doa]. ”
“Kami perlu memberikan masa sebanyak dua minit kepada mereka untuk melakukan ritual [doa] tersebut. Ianya sangat mudah untuk memberikan dua minit ini untuk membuat mereka melakukan sesuatu yang mereka anggap sangat penting, “katanya lagi.
'I’m not a control freak': Klopp on pre-match routines, red cards and his dad https://t.co/7PTtFKY5W9
— The Guardian (@guardian) November 11, 2020
Sudah dari dulu
Tahun sebelum ini Jurgen Klopp pernah mendedahkan bahawa pemain Liverpool yang beragama Islam seperti Sadio Mane, Mohamed Salah dan Emre Can (ketika bermain di Liverpool) tidak pernah lupa menunaikan solat.
Malah Klopp menyatakan para pemain lain menganggap rutin dan kewajiban harian pemain pemain Muslim tersebut sebagai sebahagian daripada mereka.
Di mana, pemain yang bukan beragama Islam tidak ada masalah untuk turun lebih awal ke stadium untuk membolehkan para pemain muslim tersebut menunaikan solat terlebih dahulu.
Klopp memuji kekuatan mental dan fizikal pemain yang beragama Islam. Kerana menurutnya, mereka sangat kuat dan bertenaga dan tidak pernah meminta pengecualian khas – terutama sekali pada bulan ramadan.
Hanya kelab yang memberikan mereka latihan khas pada bulan puasa kerana mengambil kira perbezaaan waktu diet mereka yang perlu sesuai dengan latihan yang sesuai.
Klopp juga tidak pernah melarang pemainnya daripada berpuasa kerana menurut beliau itu adalah urusan agama yang harus dihormati. Cuma sebagai jurulatih beliau dan pembantunya memberikan panduan dari sudut kecergasan dan apa yang patut.
Klopp berkata: “Saya tidak ada masalah dengn puasa mereka, saya menghormati agama mereka, mereka sentiasa hebat dan mereka memberikan yang terbaik sama ada ketika mereka berpuasa atau tidak,” kata Klopp semasa sidang media final UCL menentang Tottenham Hotspur beberapa musim yang lalu.
“Ada hari-hari ketika Sadio Mane atau Mohamed Salah masuk menggunakan ruang di bilik persalinan kerana mereka sedang bersolat [jika tidak ada ruang solat], dan pemain lain menghormati mereka.” kata Klopp.
“Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak.”
Liverpool manager Jürgen Klopp speaks about #Muslim players at the football club and how they accommodate for them.
Footage: Channel 4 News pic.twitter.com/xEl0tfuMrg
— IlmFeed (@IlmFeed) April 24, 2018
Oleh kerana itulah, media turut menghormati pendirian Sadio Mane dan rakan rakannya yang lain yang beragama Islam.