Sebab Utama Dembele Tinggalkan Barca Kerana Persekitaran Yang Toksik

Ousmane Dembele sudah menjelaskan kepada Xavi sebab utama dia mahu menyertai PSG dan meninggalkan Barcelona.

Dembele menganggap persekitaran di Barcelona sebagai toksik dan dia perlukan persekitaran yang sihat.

Xavi sebelum ini akui terkejut kerana Dembele mahu menyertai PSG. Xavi menyatakan: “Dembele sudah datang berjumpa dengan saya. Dia sudah bercakap dengan PSG dan Luis Enrique. Dia sedang menuju pintu keluar.”

“Ianya agak melukakan saya kerana dia pergi setelah kelab ini menjaganya dengan baik dan cuba membuatkan dia gembira.”

“Dia akui gembira di sini, namun saya tak pasti sebab apa dia mahu keluar. Pasti ada sebab peribadi.”

Menurut AS, Dembele sudah memberitahu Xavi, dia memang mahu terus kekal di Barcelona. Namun dia mahu mencari persekitaran yang sihat bukannya toksik seperti di Barcelona.

Dembele menegaskan bahawa dia selalu menjadi kambing hitam di dalam pasukan Barcelona. Dia melalui banyak detik yang sukar di kelab itu kerana seringkali menjadi saaran media Sepanyol dan segelintir peminat.

“Ada pihak yang sentiasa membaling najis kepada saya. Ianya seolah olah menunggu masa sahaja mereka nak ‘pancung kepala saya’.”

“Saya mahu terus memenangi piala namun dalam persekitaran yang lebih sihat.”

Dembele memberitahu Xavi, keputusannya mahu ke PSG bukan kerana wang sebagai faktor utama walaupun Xavi mendedahkan tawaran PSG sangat luar biasa dan tidak mampu untuk ditandingi oleh Barca.

PSG menaikkan gaji Dembele sebanyak 3 kali ganda. Tetapi Dembele menyatakan itu bukan sebab utamanya.

Sebaliknya dia sudah bosan menjadi kambing hitam dan mangsa toksik sesetengah pihak. Dembele menyatakan kepada Xavi dia benar benar menghargai jasa pengurus itu yang membantu membangkitkan semula prestasinya.

Dia melabel layanan yang diberikan Xavi kepadanya sebagai tiada tolok bandingnya walaupun pada satu ketika dia berada di fasa paling teruk dalam kariernya dan dianggap kariernya sudah mati.

Dembele antara nama yang dikaitkan sebagai pengganti Mbappe memandangkan pemain itu bakal pergi secara percuma dan sudah diarahkan untuk dibekukan musim ini.

Sudah tentunya sebelum ini PSG menafikan mereka mahu mendapatkan Dembele. Dan kini mereka sudah sedia untuk melihat aksi Dembele bersama kelab di Kota Paris itu.