Ini Adalah Sebahagian 10 Kereta Ikonik Dalam Initial-D

Apabila malam menjelma, di Puncak Akina, maka sekumpulan kereta berlumba. Mereka terdiri daripada pakar dalam mengendalikan kereta menaiki, menuruni bukit dengan selekoh yang tajam.

Masing masing tampil dengan jentera / kereta masing masing. Initial-D ternyata satu naskah yang sangat popular tentang kegilaan ke atas kereta. Jangan pulak cakap ianya ada kaitan dengan Fast And Furious. Maaf, ianya adlaah Initial-D.

Manga Jepun ini dibawa ke siri anime dan meletup menjadi fenomena. Ianya kali pertama dikeluarkan pada 1995, Initial-D telah merentasi lautan Pasifik, ke seluruh pelusuk Asia dan dunia.

Berikut adalah antara 10 kereta yang power digunakan pelumba dalam siri ini.

1. Toyota Sprinter Trueno AE86 (Hachi-Roku)

Kereta ikonik dengan warna hitam dan putih, ditampal dengan logo Fujiwara Tofu Shop. Ini adalah kereta miliki watak utama dalam siri ini.

Dipandu oleh prodigi Takumi Fujiwara, yang sebenarnya tak kisah sangat pasal dunia perlumbaan. Kereta dia adalah kereta lama dan seringkali diperlekehkan orang di sekelilingnya. Namun kelajuannya sangat luar biasa.

Lebih penting pengendalinya yang cergas dan cerdas dengan pemanduan luar biasa juga menjadi sebab penting.

2. Subaru WRX STI Type R

 

Ayah Takumi bernama Bunta merupakan pelumba jalanan yang sering minum, mabuk , merokok, dan ‘separa’ bersara daripada perlumbaan jalanan.

Dia secara diam-diam telah mengasah kemahiran anaknya dengan memaksanya melakukan penghantaran taufu pada sebelah pagi dengan kelajuan tinggi melalui lereng gunung tanpa menumpahkan air pada cup holder dan taufu yang dihantar.

Tetapi kemahiran lelaki tua itu masih ada, dan dia segera membeli kereta sendiri untuk menunjukkan kepada Takumi bahawa dia ada kemampuan memandu lebih baik daripada sekadar drift Corolla tua di selekoh.

WRX STI miliknya adalah sangat laju dan senang senang dia tapau anaknya. ng sesuai.

3. Mazda RX-7 Turbo II (FC)

Kemampuan Takumi untuk melaju dan memecut telah menarik perhatian Ryosuke Takahashi, salah seorang daripada adik beradik yang merupakan pelumba jalanan.

Ryosuke menyedari kemahiran semulajadi Takumi mempunyai potensi besar.

Digelar “Akagi’s White Comet”, Ryosuke mengendalikan turbo Mazda RX-7 generasi kedua. Dia menghabiskan waktunya mengadap laptopnya. Menganalisis hasil perlumbaan dan menghuraikan kemungkinan modifikasi yang mungkin dimiliki oleh saingan.

4. Mazda RX-7 Twin-Turbo (FD)

Abang Ryosuke yang  panas baran bernama Keisuke, dan dia tidak suka kalah. Berhadapan dengan Takumi, dia tidak percaya bahawa pelumba muda dengan kereta lama itu dapat menewaskannya – dia menyatakan Takumi sebagai pesaingnya dan terus berusaha mencari jalan untuk mengalahkannya.

Akhirnya, mereka menjadi rakan sepasukan.

Kereta Keisuke adalah Mazda RX-7 generasi ketiga, banyak diubah suai untuk perlumbaan.

5. Nissan Skyline GT-R (R32)

Salah satu perlumbaan terawal Takumi adalah menentang GT-R yang padu, yang dianggap oleh ramai orang sebagai kereta pahlawan pada eranya.

R32 GT-R adalah Godzilla Skylines yang pertama dan mungkin edisi yang terbaik, walaupun ianya tidak dapat mengalahkan Takumi.

Jelas sekali ianya adalah kerana bakat pemandu. Kereta power tanpa pemandu power pun tak jadi juga la kan. Kereta ini mencapai top speed dia dengan sangat cepat.

6. Mitsubishi Lancer Evo IV

Ketika Takumi dan rakan-rakan berhadapan dengan pasukan perlumbaan Kaisar, mereka mendapat tahu bahawa ia akan menjadi pertarungan sengit

Dilengkapi dengan pacuan semua roda torsi-vektor yang sangat pintar, Mitsubishi EVO unggul dalam kegunaan harian pemiliknya serta di trek perlumbaan.

7. Nissan Silvia (S13)

Pengenalan pertama yang sebenar Takumi kepada perlumbaan jalanan adalah Koichiro Iketani yang menjadi sahabatnya. Mereka semua bekerja di sebuah stesen minyak bersama, dan berlumba di Gunung Akina pada waktu malam.

Iketani memandu S13-casis Sylvia, dan dia telah mengubahsuai keretanya dengan teliti dan cermat.

Dia bukan pemandu yang luar biasa, tetapi dia suka dengan budaya berlumba pada waktu malam.

8. Nissan 180SX/Silvia (Sileighty)

Di dalam duniaInitial-D bukan semua pemburu kejayaan testosteron. Pasukan oleh dua wanita Impact Blue sukar untuk ditewaskan di  kawasan mereka, dan segera membuktikan bahawa mereka adalah pencabar kepada rakan Takumi Iketani.

Mako Sato adalah pemandu mahir Impact Blue, dan akhirnya menjadi pelumba pro pada akhir siri ini.

Dia memandu Nissan 180SX yang ditukar dengan bahagian depan Silvia; pengubahsuaian yang sangat popular pada ketika itu.

Honda Civic Type-R (EK9)

Satu kempen perlumbaan dianjurkan oleh Toda School. Takumi berdepan dengan seterunya yang paling bahaya. Civic Type-R generasi keenam ini mempunyai kemampuan yang baik dari segi power.

Ia adalah jentera yang hampir mengalahkan AE86 yang milik Takumi.

10. Honda S2000 (AP1)

Honda S2000 adalah kereta yang sangat berbahaya dalam arena perlumbaan. Ia menggabungkan bahagian terbaik dari Type-R Civics dengan keupayannya digunakan ketika drif.

Yang terbaik adalah kereta generasi pertama, lebih ringan dan lebih licik.

Dalam siri ini, ia adalah kereta milik Dr. Toshiya Joushima, pemandu dan doktor pakar yang dikenali sebagai “God Hand.”

Dia mampu memandu dengan gaya yang rumit. Joushima berjaya memintas Takumi di bukit tetapi akhirnya Takumi menang juga.

Jadi itu antara 10 kereta yang ikonik dalam Inital D. Korang ada nak tambah?

Rujukan: Autotader

Baca yang lain