Sebastien Coates: Flop di Merseyside, Juara di Lisbon

Musim 2020/2021 menyaksikan kejatuhan gergasi bola sepak eropah dalam saingan domestik. PSG di Ligue 1, Real Madrid dan Barcelona di La Liga, Glasgow Celtic di Premiership dan kini FC Porto dan SL Benfica di Primeira Liga.

Sporting Club de Portugal berjaya menamatkan dominasi 2 pasukan gergasi tersebut selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2002. Sporting berjaya memenangi liga dengan bergaya, hanya tewas sekali dalam 34 perlawanan.

Pedro Goncalves menjadi nadi penting pasukan yang mengenakan jersi berona jalur hijau putih itu. Menjaringkan 23 gol dan 3 assist sudah cukup untuk membuka mata kelab gergasi sekitar eropah untuk mendapatkannya pada jendela perpindahan musim ini.

Harus diingat, attack wins you games, defence win you titles. Barisan pertahanan yang dipimpin oleh bekas pemain Liverpool, Sebastien Coates hanya bolos 20 gol dalam Primeira Liga. Mengumpul 19 cleansheet sepanjang proses tersebut.

Mari bersama penulis kita lihat perjalanan karier Coates yang semestinya bukan mudah dan penuh ranjau duri sebelum menjulang gelaran liga pertamanya ini.

Menarik Minat Kenny Dalglish

Pada tahun 2011, Coates telah beraksi bersama pasukan kebangsaan Uruguay dalam saingan Copa America di mana beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Kejohanan. Rakan senegaranya dan juga lagenda Liverpool, Luis Suarez telah memberi cadangan kepada Kenny Dalglish yang merupakan pengurus ketika itu untuk mendapatkan beliau.

Setelah membuat penilaian dan perbincangan bersama pihak atasan, Dalglish bersetuju dengan cadangan Suarez untuk mendapatkan pertahanan berketinggian 196cm dengan nilai ยฃ7 juta dari Nacional. Namun, manusia merancang, tuhan menentukan.

Jika anda menyebut nama Sebastian Coates kepada penyokong Liverpool ketika ini, tiada kenangan indah mengenai beliau kecuali jaringan cantik ketika menentang Queens Park Rangers. Itu pon kalau ingat.

Mempamerkan aksi yang longlai, tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh pengurusan kelab sepanjang tempohnya berkhidmat di Merseyside.

Mencari Angin Baru

Coates dipinjamkan ke Sunderland pada tahun 2014 untuk mendapatkan lebih minit permainan. Walaupun mempunyai Gustavo Poyet sebagai pengurus sebagai kabel, beliau masih gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama sehingga Dick Advocaat menggantikan Poyet.

Beliau membantu Sunderland mengelak dari diturunkan divisyen setelah beraksi baik dalam 5 perlawanan terakhir liga sebelum ditandatangani secara tetap pada musim berikutnya.

Pada Januari 2016, Coates menyertai Sporting CP secara pinjaman sehingga akhir musim, ketika pengurus baru Sam Allardyce berusaha mengurangkan perbelanjaan kelab.

Sporting CP Kembalikan Prestasi Sebenar

Setelah aksi yang memberangsangkan selama setahun di Lisbon, Sporting bersetuju untuk menandatangani Coates secara tetap pada Februari 2017.

Musim 2020/2021 merupakan musim penuhnya yang kelima di Portugal dengan rekod 236 penampilan, 23 gol dan merupakan tonggak pertahanan mereka serta kapten pasukan menggantikan Bruno Fernandes yang berhijrah ke Manchester United.

Coates kini telah menjulang 1 Primeira Liga, 1 Piala FA Portugal dan 3 Taca da Liga. Beliau turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik Sporting pada tahun 2020. Beliau kini berada pada prestasi terbaik sepanjang karier bola sepaknya.

3 Penalti, 2 Kad Kuning, 1 Kad Merah

Antara tragedi ngeri yang melanda Coates adalah ketika perlawanan liga menentang Rio Ave pada 2019 apabila beliau menghadiahkan 3 sepakan penalti dan turut dibuang padang sebelum masa tamat.

Coates mengasari pemain yang sama, iaitu Mehdi Taremi tiga kali dalam setiap insiden penalti tersebut. Beliau menerima kad kuning pertamanya setelah melepaskan sepakan penalti pada minit ke-6 sebelum menerima kad kuning kedua kerana mengasari Tahremi untuk memberi sepakan penalti ketiga pada minit ke-89.

Menyelamatkan Penjaga Gol Dari Tersedak

Sebastian Coates pernah dianggap hero setelah menyelamatkan rakannya dari tersedak. Beliau bertindak pantas selepas penjaga gol Sporting, Romain Salin melakukan saves dan kemudian melanggar tiang lalu tidak sedarkan diri.

Pemain pertahanan itu berjaya membuka mulut Salin dan meletakkan jarinya ke dalam mulut Salin untuk memastikan tekaknya tidak tersumbat dan dia dapat bernafas.

Coates menunjukkan isyarat ke bangku simpanan untuk meminta bantuan sebelum pihak medik Sporting menghampiri penjaga gawang itu beberapa saat kemudian.

Rumusan

Mungkin faktor usia yang masih mentah dan kesukaran untuk mengadaptasi EPL dengan cepat menjadi punca kegagalan beliau di Merseyside. Namun kini beliau lebih matang dan berada di tempat yang terbaik untuk nya, Lisbon.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil