Sebelum Aksi: Malaysia Perlu Naikkan Kualiti Permainan Secara Berpasukan

Petang ni pukul 4 merupakan aksi terakhir kumpulan A, acara bola sepak Sukan SEA 2019.

Malaysia akan berhadapan dengan Kemboja. Dan ia bukan lawan yang mudah kalau kita memandang mudah.

Dan ia akan menjadi lawan yang kita boleh kalahkan jika kita fokus kepada apa yang kita buat dan mahu capai.

Dalam 3 perlawanan sebelum ini Malaysia bergelut dengan isu dominasi di tengah. Kurang stabiliti secara unit.

Selain itu, dengan sistem wingback, ia bukan alasan pemain serangan untuk tidak track back.

Kemboja pernah mengejutkan kita dalam Piala AFF B-22 sebelum ini. Itu motivasi untuk mereka.

Kita ada beberapa pemain senior dalam skuad kali ini. Apabila sudah melakukan aksi kompetitif dengan Malaysia sudah dikira pemain senior. Pemain seperti Adam Nor Azlin, Syameer Kutty, Akhyar Rashid antaranya.

Amat penting untuk kita bermain secara berpasukan. 11 pemain yang world class tak menjamin membentuk 1 pasukan world class.

Namun 11 pemain yang berjuang dalam berpasukan akan boleh membentuk 1 pasukan yang baik dan boleh menewaskan sesiapa sahaja.

Datuk Ong Kim Swee sudah mengesahkan ini adalah Sukan SEA terakhir beliau. Jadi, biarlah perpisahan beliau kali ini dengan senyuman selepas segala jasa beliau untuk pasukan belia kebangsaan.

Saya sudah gariskan sebelum ini, formasi bukan masalahnya, kerana Ong Kim Swee memang dari dulu memakai sistem back 3 tak kira 3-5-2 ataupun 3-4-3.

OKS sangat proven dengan sistem back 3. Walaupun saya pernah kurang berkenan kerana di senior team kita pakai sistem lain. Tapi tak apalah. Mereka lebih tahu.

Ada juga mendengar, masalah Malaysia sebab sukar nak persiapkan pasukan dalam masa singkat.

Bagi saya, mana-mana pasukan kebangsaan akan sukar nak siapkan pemain muda mereka sebab memang kekangan masa.

Nak panggil pemain daripada kelab. Lepas tu, nak sediakan perlawanan persahabatan untuk pasukan muda bukan mudah.

Tak kira lagi isu pemain muda yang dipanggil pasukan senior dan terus menjadi pemain senior.

Kemudian mengambil kira isu umur pemain. Itu semua cabaran dan Datuk OKS sebelum ni dah masak dengan semua tu. Beliau juga cemerlang sebelum ni berjaya membawa pemain muda ke kejohanan  Asia dengan status merit.

Ramai pemain muda kita yang kurang minit dalam semusim. Sebab kita memang tak ada struktur liga belia dan pembangunan yang benar benar bagus untuk aksi kompetitif.

Malaysia perlukan lebih keberanian dan imaginasi dalam mencipta peluang. Tak perlu menggelecek sampai ke depan hidung keeper untuk mencipta ataupun melakukan gol.

Permainan kombinasi akan menjadi kekuatan penting untuk Malaysia dalam perlawanan ini.

Lawan kita hari ini sudah menunjukkan peningkatan mereka dalam beberapa tahun ini.

Mereka tahu, menang lawan Malaysia ni adalah ‘massive achievement’ untuk mereka.

Kita juga berada dalam kedudukan dengan +3 untuk perbezaan jaringan. Itu sangat bagus untuk memulakan perlawanan terakhir ini.

Malaysia tak boleh seri atau kalah. Sebab ia akan menutup peluang untuk mara. Kemboja boleh seri dan harapkan Filipina seri atau kalah.

Tapi kalau Kemboja seri, Filipina menang, Filipina akan mara.

Malaysia tak ada talian hayat lain, sama seperti Filipina.

Semoga Hadi Fayyadh terus menjaringkan gol depan tu. Tak kisah la cara apa sekalipun.

Di bahagian pertahanan kita kerap bermasalah dengan late run pasukan lawan. Aspek ini kerana kelekaan dan sukar mematikan gerakan off the ball.

Dari segi teknikal, rasanya pemain seperti Dominic mahupun Irfan Zakaria so far bermain bagus – SECARA INDIVIDU – kang ada yang salah faham kang.

Namun secara unit, lihat sahaja aksi vs Filipina dan Timor Leste sebelum ni.

Harap kapten kita lebih vokal pada hari ini. Tak nak la kapten yang senyap senyap ni.

Selamat maju jaya buat skuad muda Malaysia. Kami ada bersama anda. Semoga segala perancangan taktikal korang berjaya.

Lupakan segala masalah sebelum ini. Semua tu dah berlaku dan kita sekaramg fokus dengan perlawanan ini sepenuhnya.

Baca yang lain