Sebelum BLM, Kanoute Pernah Bersolidariti Untuk Palestine Dan Didenda, Ini Komen Beliau

Kempen Black Lives Matter adalah satu kempen di mana ia adalah solidariti kepada orang kulit hitam yang ditindas.

Segalanya berpunca dari kematian seorang rakyat kulit hitam yang mati ketika ditahan pihak polis.

Seorang polis kulit putih Derek Chuvin, yang kini sudah dipecat dituduh membunuh Floyd yang berusia 46 tahun di Minneapolis.

Dalam rakaman video yang menyaksikan Floyd terbunuh, Chauvin dilihat berlutut di leher Floyd selama beberapa minit. Floyd berulang kali menyebut bahawa dia tidak dapat bernafas.

Terdapat 3 lagi pengawai polis yang berada di tempat kejadian juga dipecat.

Kes Floyd telah membangkitkan kemarahan rakyat keatas Polis tentang layanannya kepada rakyat kulit hitam Amerika.

Peristiwa kematian Floyd menjadi sebaris dengan kes-kes berprofil tinggi seperti Michael Brown di Ferguson, Eric Garner di New York dan lain-lain yang mendorong pergerakan Black Lives Matter.

Bagi sebahagian rakyat AS, peristiwa ini juga menjadi cerminan kepada kekecewaan bertahun-tahun atas ketidaksamaan dan jurang sosioekonomi.

Tunjuk perasaan telah berlaku sekurang-kurangnya di 30 bandar seluruh AS selepas itu.

BLM dan bola sepak

Kempen Black Lives Matter / BLM Kemudian digerakkan oleh aktivis. Ia turut menarik sokongan daripada organisasi besar serta orang figura awam.

Di lapangan bola sepak, Bundesliga antara liga terawal memberikan solidariti untuk BLM.

Dan kemudian diikuti liga lain termasuk daripada sukan lain seperti NBA.

EPL antara liga yang berprofil tinggi yang menjadikan BLM sebagai sebahagian protokol baharu hari perlawanan mereka.

Di mana pada hari pertama kempen BLM semua pasukan menukar nama pemain dengan Black Lives Matter.

Seterusnya kempen itu diberikan sehingga akhir musim ini dengan patch khas pada lengan baju.

Pemain berlutut dengan tangan digenggam ke atas tanda sokongan kepada BLM.

Beberapa tahu lalu Collin Kapernick pernah berlutut tanda solidariti kepada diskriminasi ke atas kulit hitam dan beliau melakukannya ketika lagu kebangsaan AS.

Kapernick dikecam teruk. Tetapi kini, ramai mulai kesal dengan kutukan mereka ke atas Kapernick.

Seorang pengguna Twitter kemudian mengimbas kembali detik di mana dalam arena bola sepak, Frederick Kanoute pernah melakukan kempen kesedaran tentang diskriminasi kemanusiaan yang sama.

Kanoute ketika itu bersolidariti untuk Palestin.

Dan beliau didenda di atas padang dan di luar padang oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Pablo Vivanco berkata: “Badge Dan lilitan lengan #BlackLivesMatter dalam bola sepak adalah benda hebat.”

“Namun ada tak sesiapa ingat apabila legenda Frederic Kanoute dilayangkan kad kuning dan didenda $4,000 kerana menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestine ketika Gaza dibom?”

Tweet itu dibalas dengan nada sindiran oleh Kanoute. Di mana beliau berkata:

“Salah saya juga, saya tak sabar menunggu ia menjadi trendy.”

Selepas peristiwa Kanoute tersebut, FIFA dan UEFA telah mengharamkan sebarang bentuk kempen politik pada baju pemain.

Namun Kanoute pernah menyatakan beliau bercakap atas kapasiti kemanusiaan bukan kerana politik. Kanoute merasakan bahawa semua perkara seringkali dianggap politik apabila ianya tak kena dengan ‘tekak’ FIFA.

Kerana menurut beliau, sokongannya kepada Palestine adalah sama dengan sokongannya kepada negara lain yang ditindas secara kemanusiaan.

Baca yang lain