Antonio Rudiger dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Real Madrid pada musim hadapan.
Menjelang minggu terakhir EPL, bek tengah yang menjadi nadi Chelsea dalam menjuarai UCL, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab – pemain itu meluangkan masanya melawat Hospital Westminster.
Di mana beliau telah menjadi antara individu yang kerap melawat hospital tersebut sepanjang dia di London. Dia juga merupakan penderma setia untuk menyokong usaha hospital tersebut dalam merawat kanak kanak menerusi yayasan CW+.
Yayasan CW+ merupaka usahasama di antara Chelsea dan Hospital Westminster dalam membantu pesakit kanak kanak yang memerlukan bantuan termasuk bantuan dana.
Toni Rudiger has been saying his farewell to patients and staff at Chelsea and Westminster Hospital with a move to Madrid imminent. He paid regular visits over his time in London and also supported the charitable arm CW+. #CFC pic.twitter.com/yYZtyZYiad
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) May 19, 2022
Hospital tersebut turut berbesar hati menerima lawatan mengejut daripada Rudiger. Dan mereka berkata:
“Toni datang untuk mengucapkan terima kasih kepada staf hospital dan pesakit di sini sebelum dia pergi ke kelab baru selepas tamat musim ini.”
“CW+, Chelsea dan Westminster Hospital NHS Foundation Trust, menganjurkan acara untuk Toni meluangkan sepanjang petangnya di hospital. Memberikan hadiah, menandatangani autograf, serta bergambar bersama pesakit di wad.”
“Toni memberikan lawatan yang sangat mesra, dia menyebarkan aura keceriaan ke seluruh hospital ini ketika melawat wad kanak kanak, memberikan senyuman kepada kanak kanak dan keluarga mereka.”
“Toni turut meluangkan masa berjumpa dengan staf hospital di Unit Rawatan Rapi, yang bekerja keras sebagai barisan hadapan sepanjang musim pandemik ini. Sebagai tanda penghargaan dia memberikan cenderamata kepada kanak kanak di sihni dan menderma kepada staf hospital menerusi tabung Kesihatan dan Kesejahteraan (kakitangan).”
“Toni menjadi individu yang sentiasa menyokong CW+ ketika di Chelsea FC.”
Rudiger menyatakan dia seronok kerana dapat meluangkan masanya untuk kali terakhir di hospital tersebut.
“Saya sangat seronok melawat Westminster Hospital sepanjang bertahun tahun di sini. Ianya sentiasa menjadi perkara penting untuk saya keluar bertemu dengan komuniti dan menyatakan sokongan saya.”
“Dan sekali lagi, ianya kepuasan tak terhingga dapat berjumpa pesakit dan keluarga mereka yang menjadi inspirasi kepada saya. Hospital dan staf di sini luar biasa sekali dan bekerja tanpa kenal erti penat lelah bagi memberikan rawatan terbaik. Terima kasih atas segala yang kamu lakukan. Saya akan merindui kamu semua.”
It was an incredible pleasure to welcome Toni to the hospital, see him put smiles on the faces of young patients and have him chat to frontline staff as a way of expressing his gratitude and support – a huge thanks to Toni for coming!
Read more here: https://t.co/LDhGCd2N5V pic.twitter.com/koVCSmzZfm
— CW+ (@cwpluscharity) May 19, 2022
Rudiger memang watak yang sangat disenangi di kem Chelsea walaupun di atas padang dia pastinya kurang disenangi lawannya. Ini kerana Rudiger seorang pertahanan yang suka bermain dengan perang saraf.
Tetapi di luar padang dia seorang yang turut dihormati lawannya. Dia tak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan pemain lain di luar padang. Selain bebas daripada sebarang masalah dengan kelabnya.
Ketika dia dibekukan Frank Lampard, Rudiger masih memberikan komitmen untuk kelab dengan turun berlatih seperti biasa.
Kehadiran Tuchel ke Chelsea memberikan sinar dan lembaran baharu kepada kariernya di England.
Dia kemudian menjadi salah seorang bek tengah terbaik di eropah. Lalu namanya menjadi perhatian kelab bersar lain termasuk Real Madrid dan Bayern Munich.
Rudiger masih gagal melanjutkan kontraknya dengan Chelsea. Dan keadaan menjadi lebih buruk apabila Chelsea dikenakan sekatan dan tidak boleh melanjutkan kontrak pemain selagi lagi tidak bertukar pemilik.
Tuchel menganggap sekatan ke atas Chelsea memberikan impak kepada rundingan mereka dengan beberapa pemain membuatkan pemain seperti Rudiger dan Christensen tidak dapat meneruskan rundingan dengan kelab.
Real Madrid dikatakan menjadi destinasi terbaru Rudiger. Dia akan menyertai bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti ketika di sana.