Sepanyol telah disingkirkan daripada Piala Dunia oleh Maghribi menerusi sepakan penalti. Kedua-dua pasukan telah terikat seri tanpa jaringan sepanjang 120 minit — yang bermakna penentuan sepakan penalti diperlukan untuk menentukan pemenang.
Luis Enrique mengakui sebelum perlawanan pasukannya telah melakukan banyak latihan penalti secara peribadi, tetapi dia hanya boleh duduk dan menyaksikan Carlos Soler, Pablo Sarabia dan Sergio Busquets tersasar ketiga-tiga penalti Sepanyol.
Enrique berkongsi dengan pemberita sebelum perlawanan, tentang rutin latihan penalti mereka. Ianya selepas Sepanyol memiliki rekod agak membimbangkan dalam penentuan penalti.
Enrique sudah pastinya menjangkakan bahawa Maghribi akan cuba bermain bertahan dan mengheret mereka ke penentuan penalti.
Enrique meminta peminat Sepanyol tak perlu risau jika perlawanan diheret ke penentuan penalti, kerana mereka sudah cukup bersedia.
Luis Enrique told his Spain side to practice 1,000 penalties before the World Cup.
They scored zero in their shootout with Morocco 🤐 pic.twitter.com/v5ohTgF00n
— ESPN UK (@ESPNUK) December 6, 2022
Enrique menyatakan bahaa para pemain diminta membuat kerja rumah latihan penalti secara persendirian. Kerana mustahil untuk beliau dan staf kejurulatihannya menyediakan latihan penalti 1,000 sesi di kem latihan.
Para pemain Sepanyol sudah memberitahu Enrique bahawa mereka sudah mencapai KPI ditetapkan untuk melakukan 1,000 latihan penalti sebelum Piala Dunia sejak beberapa tahun lalu.
Kerana ianya syarat wajib mana mana pemain yang mahu mewakili Sepanyol.
“Saya membayangkan bahawa mereka [pemain pemai Sepanyol] telah membuat kerja rumah mereka. Lebih setahun yang lalu, di salah sebuah kem Sepanyol, saya memberitahu mereka bahawa mereka perlu ke sini dengan sekurang-kurangnya 1,000 latihan penalti yang sudah diambil.”
“Jika anda menunggu sehingga tiba di sini untuk berlatih penalti … [masa tidak akan mencukupi],” katanya kepada pemberita.
“Ia adalah saat ketegangan maksimum, masa untuk menunjukkan keberanian anda dan anda boleh melakukan sepakan penalti mengikut cara anda telah membuat keputusan, jika anda telah melatihnya seribu kali.”
“Ia menceritakan banyak perkara tentang setiap pemain. Ia boleh dilatih, terurus, bagaimana anda menguruskan ketegangan. Ia semakin kurang berkaitan nasib pada hari ini – penjaga gol mempunyai lebih banyak pengaruh.”
“Kami mempunyai penjaga gol yang sangat baik, mana-mana daripada tiga boleh melakukannya dengan sangat baik dalam situasi ini. Setiap kali kami menamatkan latihan, saya melihat ramai pemain mengambil penalti sebagai latihan tambahan.”
Sepanyol mungkin telah membuat kerja rumah mereka mengenai penalti tetapi ia pastinya tidak membuahkan hasil di Qatar.
Sarabia melakukan penalti terkena tiang dengan sepakan penalti pertama Sepanyol dalam keadaan agak gugup.
Manakala Soler dan Busquets kedua-duanya dinafikan oleh penjaga gol Yassine Bounou yang merupakan wira Morocco. Achraf Hakimi kemudian menunjukkan kepada Sepanyol bagaimana ia dilakukan dengan melakukan penalti kemenangan dengan panenka nakal.
Luis Enrique told his players to practice 1,000 penalties before getting on the plane to Qatar. They failed to score one… pic.twitter.com/SRuY1hZ8FF
— Ben Jacobs (@JacobsBen) December 6, 2022
Ada netizen yang bertanya, adakah Enrique sudah kena scam dengan pemain pemainnya yang membuat data latihan palsu kepadanya?
Ini kerana mereka gagal menyumbat sebarang penalti dalam 3 sepakan pertama mereka dan buta buta kalah 3-0.
Sepanyol telah menjadi negara pertama dalam sejarah Piala Dunia yang tewas empat penentuan sepakan penalti, manakala mereka hanya menjadi pasukan kedua yang tidak menjaringkan gol selepas Switzerland menentang Ukraine pada 2006.
Pasukan kendalian Luis Enrique kini akan pulang selepas tersingkir daripada Piala Dunia. Maghribi meneruskan perlawanan menentang Portugal.
Spain have become the first nation in World Cup history to lose four penalty shootouts 🇪🇸
That was despite practicing a THOUSAND penalties each before the tournament began 👀https://t.co/yrqDdqHWLJ
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 6, 2022