Sebelum Perlawanan The Sun Sewa Billboard Di Paris Untuk Troll Rakyat Perancis, Akhirnya Dapat Malu

The Sun sanggup membelanjakan puluhan ribu euro untuk menyewa billboard di sekitar bandar Paris sebelum aksi suku akhir antara England dan Perancis.

Akhbar tabloid berpangkalan di England itu menggunakan Billboard itu untuk bermain perang saraf dengan Perancis.

Dalam billboard tersebut tertera bahawa mereka mengisytiharkan Harry Kane sebagai King Harry serta mesej yang dibawakan adalah Piala Dunia “is coming home”.

Football is coming home merupakan slogan paling popular dalam bola sepak. Ini kerana FA England merupakan FA yang menggubal peraturan bola sepak yang sesuai dan digunakan pada permainan bola sepak ketika ini.

Jadi mereka menganggap bola sepak moden pada hari ini adalah berasal dari England. Mereka mahu membawa bola sepak kembali pulang ke rumah. Sejak kali terakhir ianya pulang pada 1966.

Kemudian satu lagi grafik menunjukkan Marcus Rashford dengan ayat ‘pun’ — ‘It’s Gaul Over’. Gaul merupakan bangsa Perancis. Dan ‘pun’ itu merujuk kepada bunyi seperti It’s All Over. Ataupun ianya sudah berakhir buat bangsa Perancis.

Selain itu mereka ‘strike’ nama Mbappe dengan King Kyle merujuk kepada Kyle Walker yang akan memenangi duel dengan Kylian Mbappe.

Manakala, akhbar rasmi The Sun mahu menjadikan Perancis sebagai roti bakar mereka untuk sarapan pagi Ahad.

Beberapa media di Perancis melabel The Sun sentiasa tidak ada ‘class’ seperti biasa.

Mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak demi untuk memprovokasi pasukan lain.

Peminat England sendiri ramai yang mengecam tindakan The Sun sebagai melampau dan tidak perlu.

Mike Ward meminta maaf di atas kelakuan The Sun yang tidak mencerminkan budaya orang Inggeris sebenar.

Banyak lagi komen yang mengecam tindakan The Sun sanggup menyewa papan iklan di negara orang lain dan membuat lawak murahan dengan ayat ayat hambar.

Mereka juga menganggap The Sun pastinya membuatkan pemain pemain England seperti Kyle Walker, Rashford dan Kane tidak selesa dengan apa yang mereka lakukan.

Akhirnya dalam aksi suku akhir Piala Dunia. Di mana Perancis mendahului menerusi Tchoumeni. Sebelum Harry Kane menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi sepakan penalti.

Perancis kembali di hadapan menerusi Olivier Giroud. Kane diberikan peluang untuk menambah gol penaltinya selepas itu. Namun gagal menyempurnakannya.

Membuatkan Mbappe ketawa kegirangan.