Sebelum sepak mula Euro 2024, kem Perancis dilanda sakit. Dua pemain mereka Kylian Mbappe dan Kingsley Coman terpaksa tidak menyertai latihan pada semalam.
Mbappe bagaimanapun terus berlatih di gym seorang diri. Kerana dia benar benar mahu pulih segera daripada sakit tersebut.
🇫🇷🇫🇷Kylian Mbappé and Kingsley Coman MISSED France training tonight!
Kingsley Coman is sick and Kylian Mbappé is working in the gym.🤸♂️🤸♀️
(Source: @lequipe) pic.twitter.com/hFl74Sg7yS
— FootPlus (@FootPlusco) June 13, 2024
Virus demam melanda kem Perancis yang berkampung di Jerman untuk Euro. Virus tersebut telah merebak kepada beberapa orang.
Seorang lagi bintang Perancis, Ousmane Dembele pula mendakwa dia sudah demam ejak minggu lepas namun dia bertambah baik dan yakin akan mampu bermain aksi pembukaan.
Dembele mengakui bahawa dia adalah pembawa virus tersebut ke dalam kem Perancis. Namun segalanya semakin baik kata beliau.
“Saya kini lebih baik. Saya demam minggu lepas. Dan saya pemain pertama demam tu, namun saya dah lebih baik dah sekarang.
“Keadaan pemain lain di dalam pasukan pun semakin ok. Dan saya yakin semua akan sihat dalam beberapa hari lagi,” tegas Seman.
Pengurus Perancis, Didier Deschamps juga turut terkena jangkitan virus tersebut.
Namun kerisauan terbesar mereka pastinya Kylian Mbappe yang menjadi pemain penting Perancis. Dia sebelum ini menyatakan dia mahu memenangi Euro 2024. Kejohanan pertama dia bergelar kapten.
“Saya nak memenangi Euro, satu satunya piala yang saya tak menang lagi. Saya dan menjulang Piala Dunia dan Piala Negara Negara Eropah. Jujur saya cakap, saya benar benar mahu memenangi Euro, selepas semua yang saya lakukan untuk pasukan ini.
“Memenangi Euro sebagai kapten buat pertama kali untuk negara ini sangat penting untuk saya. Ianya akan menjadi peluang terbaik untuk mengukir satu lagi sejarah negara saya,” tegas bintang baharu Real Madrid itu.